Bisikan Syaitan
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan diceritakan daripada sebahagian guru² kami, semoga Allah merahmati mereka.
Salah seorang daripada guru ku bercerita :
” Ketika aku dalam perjalanan menuntut ilmu, aku singgah di satu masjid dan ketika itu aku memang hanya fokus mahu menuntut ilmu sebagaimana kebiasaan guru² kita.
Maka syaitan pun membisikkan was² ke dalam hati ku ” Masjid ini jauh daripada manusia, cuba kamu pindah saja ke masjid yang banyak dilalui manusia”
( Syaitan memujuknya untuk pergi ke masjid lain)
Maka orang² itu akan melihat kamu dan akan dicukupi keperluan kamu.
( Bisikan syaitan)
Maka aku katakan ” Tidak! Aku tidak akan bermalam kecuali di masjid ini.
Dan aku bersumpah dengan nama Allah untuk tidak makan sesuatu kecuali halwa.
Dan aku tidak akan makan sehingga disuapkan ke mulut ku.
Kemudian aku solat Isya’ dan aku tutup pintu masjid. Lalu ketika larut malam, ada seseorang yang mengetuk pintu masjid dengan membawa obor ( lampu)
Ketika dia bertalu talu mengetuk pintu, maka aku buka pintu, ketika itu aku lihat seorang perempuan tua bersama dengan seorang pemuda.
Mereka masuk ke dalam masjid dan nenek itu meletakkan di hadapan ku satu tumpuk manisan.
Dan dia mengatakan:
” Pemuda ini anak ku. Aku membuatkan manisan untuk nya dan terjadi pembicaraan di antara kami ( anaknya tidak mahu makan)
Maka pemuda itu bersumpah tidak akan makan kecuali bersama dengan orang lain yang tidak dikenali.
Atau nenek itu berkata ” Anak ku tidak akan makan kecuali dengan orang asing dalam masjid ini.
Maka makan lah manisan ini , semoga Allah merahmati mu. Jika kamu tidak mahu makan, maka anak ku tidak akan makan ”
Aku pun tetap diam dan tiba tiba perempuan itu menyuapi ku satu suapan dan menyuapkan anak nya satu suapan juga sehingga kami kenyang.
Kemudian setelah itu, mereka berdua pergi dan aku pun menutup pintu sambil merasa takjub dengan peristiwa itu. Subhanallah
Lihatlah, syaitan menakut nakutkan kamu tiada rezeqi kerana terpencil daripada manusia.
Bisikan syaitan itu wajib di lawan bukan diikuti.
Allah Taala berfirman:
An-Nur 24:21
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِۚ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَٰنِ فَإِنَّهُۥ يَأْمُرُ بِٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِۚ وَلَوْلَا فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُۥ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يُزَكِّى مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
..
(Jejak langkah itu bermaksud perbuatan berjalan setapak demi setapak akan tetapi sebelum melangkah pemikiran dan hati telah dirosakkan oleh Syaitan.)
Rosaknya hati kerana mengikut jejak langkah syaitan dalam pemikiran.
Syaitan ingin mengalihkan TAWAKKAL kepada Allah kepada makhluk