Cukupkah bekalan kita?
Sahabat yang dimuliakan ALLAH, yang merasai nikmat Iman, yang merasai nikmat bertuhankan ALLAH.
Yang merasa nikmat bernabikan Muhammad sallallahu alaihi wasallam . Yang merasai nikmat Islam.
Sesungguhnya kita percaya bahawa kita akan mati!
Dan kita tahu dan sedar bahawa kita akan mati!
kita tahu yang kita akan dikafankan
Akan dimandikan, akan disembahyangkan, akan dimasukkan ke dalam kubur.
Kita berharap dengan izin ALLAH kita akan ditanam dengan sempurna. INSYAALLAH
Namun satu yang kita belum tentu pasti , adakah kita akan diterima sebagai penghuni yang diraikan ataupun kita akan dibenci oleh tuan rumah yang akan kita singgah.
Mahu atau tidak mahu kematian itu pasti hadir di saat yang telah kita persetujui. Di waktu yang kita telah berjanji dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
Dan kita sedar teramat sedar, setiap detik itu menuju mati. Tanpa tercepat atau terlewat.
Namun kita masih lagi lalai.
Masih lagi dibuai mimpi indah dunia.
Masih lagi bercita-cita untuk menakluki dunia.
Sedangkan kita tahu dunia ini adalah mayat! Tidak memberi manfaat.
DUNIA ini juga akan musnah!
DUNIA ini juga akan hancur!
Alangkah bodohnya kita menongkat dunia, cuba memapah dunia, cuba membawa dunia, cuba mengangkat dunia, cuba mengangkut Dunia.
Sedangkan dunia ini , kita akan tinggalkan sama ada kita meninggal dunia atau dunia meninggalkan kita terlebih dahulu.
Sahabat,
ALLAH TAALA telahpun menyatakan bahawa kubur itu tempat penyiksaan.
KUBUR itu tempat penderitaan.
Ada masa terlalu dingin, ada masa terlalu panas.
Lalu apakah persediaan kita untuk menghadapi saat dimasukkan ke dalam kubur?
Cukupkah sedekah kita?
Cukupkah solat kita?
Cukupkah bacaan al-mulk?
Cukupkah segala yang kita lakukan di dunia untuk menghadapi saat dimasukkan ke dalam kubur?
persoalannya cukupkah bekalan kita?
