Masalah Rezeki
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan lihatlah berapa banyak ayat yang ALLAH TAALA telah turunkan dalam masalah REZEQI.
Dan berapa banyak ALLAH TAALA menyebutkan tentang janji² Nya dan jaminan² Nya dan pembahagian nya atas rezeqi itu.
Dan tidak henti²nya para Nabi dan para ulama’ yang menasihati manusia.
Dan mereka menerangkan jalan yang lurus.
Dan mereka telah mengarang kitab² dan mereka telah membuat contoh² dan mereka mengajak orang untuk TAKUT kepada ALLAH TAALA.
Dan dalam keadaan seperti itu, ramai yang tidak mengambil berat, tidak mempedulikan dan mereka sentiasa tidak tenang .
Mereka berdalih :
Para nabi dan ulama’ boleh lah tawakkal tinggi kepada Allah.
Kita ini jauh berbeza tahap keyakinan kepada ALLAH TAALA, kita kena usaha, baru dapat rezeqi”
Padahal Nabi dan ulama’ juga manusia yang juga memikirkan masalah rezeqi, tetap berusaha , akan tetapi mereka tidak terlalu mengambil berat, pasrah kepada ALLAH TAALA tentang rezeqi.
Akan tetapi ramai tidak mahu mengambil nasihat, tidak mengikuti ajakan, tidak membaca kitab hingga mereka ikut pemikiran sendiri yang sesat .
Mereka menyangka pemikiran dan usaha mereka itu akan menambah rezeqi tetapi rezeqi itu tidak akan bertambah kecuali yang telah dijamin oleh ALLAH TAALA.
Tidak henti²nya mereka TAKUT kekurangan rezeqi sehingga tiada sarapan dan makan malam.
Dan puncak itu semuanya ( takut dengan janji Allah ) kerana sedikitnya merenungkan ayat² Allah.
Dan mereka kurang tafakkur dengan makhluk² Allah selain manusia.
Contoh:
Semut yang memakan gula walau pun tidak berusaha membeli gula.Membuktikan ada rezeqi tanpa berusaha.
Seperti burung yang kelaparan terbang pagi² dan pulang petang dalam kekenyangan.
Dan kerana tidak merenungkan kalam² sabda² Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan tidak merenungi perkataan salafus soleh.
Dan juga terumbang ambing mengikut bisikan Syaitan. Syaitan itu menakutkan kamu dengan ancaman kefakiran.
Allah Taala berfirman;
Al-Baqarah 2:267
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Al-Baqarah 2:268
ٱلشَّيْطَٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِٱلْفَحْشَآءِۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًاۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
…
Syaitan akan membisikkan ketakutan miskin atau ia merosakkan amalan kita dengan menggesa memberi sedeqah yang buruk² kerana Syaitan merosakkannya.
Syaitan meragukan kita untuk bersedeqah yang sedikit walaupun mampu untuk memberikan sebahagian harta .
Dan mereka terumbang ambing dengan bisikan² syaitan dan mematuhi apa yang didengar daripada orang² jahil sehingga iman lemah, merosak keyakinan kepada ALLAH TAALA dan terpedaya dengan kebiasaan² orang yang lalai.
Sehingga syaitan berkuasa ke atas mereka dan adat² kebiasaan itu telah sebati dalam diri² mereka, sehingga menyebabkan hati menjadi lemah dan keyakinan semakin tipis.
Dan ada pun orang² pilihan Allah Taala yang Allah Taala telah berikan mata hati dan mereka orang yang bersungguh² melihat jalan² ke langit sehingga mereka tidak mempedulikan asbab² dunia.
Dan mereka telah berpegang dengan tali² Allah sehingga mereka tidak peduli dengan tali² manusia.
Dan mereka telah yakin terhadap ayat Allah sehingga mereka tidak peduli dengan bisikan² syaitan , bisikan² makhluk dan nafsu.