09Jun 2018
KEGEMBIRAAN ORANG YANG BERPUASA
Mereka mendapat 2 kegembiraan. Kegembiraan di dunia dan akhirat.
Makna kegembiraan di dunia :
1 ) Kegembiraan kerana berjaya menyempurnakan ibadat puasa tanpa melakukan perkara yang merosakkan puasa seperti yang diperintahkan oleh Allah.
2 ) Kegembiraan kerana dapat makan dan minum selepas merasai lapar.
3 ) Kegembiraan kerana keyakinan di dalam dirinya akan mendapat pahala.
Manakala makna kegembiraan di akhirat :
1 ) Kegembiraan kerana mendapat kedudukan yang mulia.
2 ) Kegembiraan kerana dapat melihat tuhan. Ini khusus bagi golongan tertentu.
http://Annurulhadi.com