KEKASARAN APA INI?
Kisah cinta dan menyintai.
Tatkala RASULULLAH SAW wafat, Bilal r.an mengumandangkan azan. Ketika itu belum dimakamkan.
Ketika Bilal r.an menggemakan lafaz:
“Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah ”
Semua orang menangis keras di dalam masjid. Tatkala RASULULLAH SAW sudah dimakamkan, Saidina Abu Bakar r.an berkata kepada Bilal r.an:
“Kumandangkan azan, Bilal!”
Bilal r.an menjawab:
“Jika dulu engkau memerdekakan ku dengan tujuan agar aku terus bersama mu maka aku mesti memenuhi perintah itu.
Tetapi jika dulu, engkau memerdekakanku karena ALLAH maka biarkanlah aku pergi bersama siapa saja yang sudah engkau merdekakan karena ALLAH ”
Saidina Abu Bakar r.an berkata:
“Aku tidak memerdekakanmu dulu, kecuali karena lah semata-mata kerana ALLAH ”
Bilal r.an menegaskan:
“Aku tidak hendak mengumandangkan azan untuk seorang pun sepeninggalan RASULULLAH SAW “.
Saidina Abu Bakar r.an berkata dengan lembut:
“Terserah kepadamu ”
Bilal lalu berangkat pergi ketika rombongan yang menuju Syam sudah mulai bergerak meninggalkan Madinah.
Bilal r.an pergi bersama rombongan itu hingga sampai ke tempat tujuan.
Bilal r.an tinggal di Syam selama beberapa tahun. Sehingga suatu hari, Bilal r.an bermimpi bertemu NABI SAW.
Baginda bersabda :
” Kekasaran apa ini, hai Bilal? Belumkah tiba wakktunya kamu berziarah mengunjungi kami?”
Bilal r.an segera terbangun dan menangis. Lantas bergegas beliau berangkat rnengendarai haiwan tunggangannya menuju Madinah.
Lalu beliau menziarahi ke makam NABI SAW dan menangis di sana.
Ketika Saidina Hasan dan Husain r.anhuma datang, Bilal r.an menciumi kedua cucu RASULULLAH SAW itu dan memeluk mereka.
Mereka berdua berkata:
“Kami ingin kamu mengumandangkan azan di waktu sahur nanti, di atas atap masjid ”
Lalu ketika Bilal r.an mengumandangkan “ALLAHU AKBAR “, Madinah bergetar hebat.
Tatkala beliau mengumandang-kan “Asyhadu an la ilaha illallah”, gemuruh dan getarannya semakin hebat dan kuat.
Saat Bilal r.an menyebutkan
“Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah”,
para wanita keluar dari kelambu kamarnya.
Tak pernah terjadi suatu hari yang lebih banyak lelaki dan perempuan yang menangis daripada hari itu setelah hari kewafatan BAGINDA SAW.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه
KISAH INI KISAH KERINDUAN. Bukan seperti kisah Laila Majnun. Kisah ini berkaitan cinta.
Cinta yang agung terhadap ALLAH DAN RASULULLAH SAW.
Saidina Abu Bakar r.an walaupun seorang khalifah, tetap menghormati keputusan hamba yang beliau merdekakan dulu kerana ALLAH TAALA.
Lantaran CINTA kepada ALLAH TAALA, kuasa diketepikan.
KISAH CINTA BILAL TERHADAP RASULULLAH SAW.
Cinta yang menebal menghiris sanubarinya saat melaungkan azan. Kenangan indah bersama BAGINDA SAW terlalu agung.
Lidahnya pedih.
Jiwanya terhiris.
Bagaikan dihiris sembilu malah lebih sakit berbanding saat diseksa tuannya sebelum dimerdekakan.
KISAH CINTA PARA SAHABAT R.ANHUM
Penduduk Madinah yakni para sahabat RASULULLAH SAW juga terhiris pilu penuh kerinduan bilamana gema azan itu mengimbau kembali saat bersama insan mulia pembawa rahmat seluruh alam.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan sedarkah kita, RASULLULLAH SAW merindui Kita? Umat yang tidak pernah bertemu dengan BAGINDA SAW.
Cuma adakah kita merindui BAGINDA SAW sebagaimana BILAL R.ANHU yang bergegas kembali ke Madinah?
Adakah benar kita merindui BAGINDA SAW sebagaimana penghuni MADINAH yang menangis tatkala mendengar lantunan AKU NAIK SAKSI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH?
Benarkah?
Jika benar, kenapa menangguhkan menziarahi RASULULLAH SAW?
Soal tiada kecukupan belanja? Ianya bukan soal utama. Perbelanjaan itu bukan utama. Yang utama adalah keinginan yang mendalam.
Sesungguhnya tiada yang mustahil. Saya sendiri telah diberikan bukan sekali dua malah berkali kali menziarahi RASULULLAH SAW walaupun pernah tiada cukup perbelanjaan.
Yang menjemput kita adalah RASULULLAH SAW. JEMPUTAN ITU HADIR BERSAMA CINTA YANG BERBALAS.
PERBANYAKKAN BERSOLAWAT SALAM
LAKUKAN DAN ISTIQAMAH DENGAN SUNNAH RASULULLAH SAW.
INSYAALLAH BAKAL MENERIMA JEMPUTAN RASULULLAH SAW.
NAK TAK MERASAI KELAZATAN BERCINTA DENGAN RASULULLAH SAW?
NAK USTAZAH AJARKAN ?
Sangat ingin….tetapi saya takut saya x layak nak merindui Rasulullah S.A.W…,kerana saya seorang pendosa
Nak sangat ustazah
Ya saya nak ustazah ajarkan