Singa mengaum di telinga
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Tadi saya membaca dari kitab Afdholus solawat dan amat tertarik dengan catatan ini:
Kisah Syeikh Abul Hassan asy Syadzili:
“Di salah satu perjalanan ku, aku tidur di malam hari. Kemudian aku terjaga kerana terdengar suara Singa mengaum di telinga ku.
Aku merasa amat takut akan tetapi aku teringat sabda Rasulullah ﷺ :
” Seseorang yang bersolawat kepada ku sekali, maka ALLAH TAALA akan bersolawat kepadanya sebanyak sepuluh kali”
Maka jika aku bersolawat kepada Rasulullah ﷺ sekali, tentunya ALLAH TAALA akan bersolawat kepada ku sepuluh kali.
Jika ALLAH TAALA telah bersolawat kepada ku sepuluh kali, tentunya akan dilindungi oleh Nya.
….
Inilah keyakinan yang kuat kepada ALLAH TAALA dan RASULULLAH ﷺ
Keyakinan inilah yang wajib kita pupuk. Yakin bahawa setiap apa yang disabdakan Nabi ﷺ itu benar. 100% tepat.
Saya sendiri pernah menghadapi saat getir di perjalanan dan saya meminta PERTOLONGAN ALLAH TAALA melalui solawat fateh.
Alhamdulillah, di datangkan PERTOLONGAN ALLAH TAALA tanpa saya menjangkakan sebegitu.
Kisahnya saya sedang dalam perjalanan ke Taiping, setelah masuk lebuhraya baru tersedar minyak berbaki beberapa garis saja.
Memandangkan dalam 20 minit lagi akan ada pam minyak, kami meneruskan perjalanan .
Namun, di perjalanan berlaku kemalangan hingga kami tersangkut lama dan episod suspen bermula….
MINYAK MULAI MENURUN DAN BLINK!
Waduh, repot. Jalan masih macet, tetapi minyak dah nak kering.
Kami tutup penghawa dingin dan tiba² terlintas
SOLAWAT FATEH.
Saya dan anak mula bersolawat dan fokus solawat serta mengharapkan sempat ke petrol pam.
Sebaik saja selesai 100x solawat fateh, saya terkejut kerana minyak yang tadi dah bagi amaran lampu berkelip² kini bacaan meter nya menaik sedikit demi sedikit macam ketika isi minyak.
MasyaAllah…
Minyak macam di isi 1/4 tangki. Allahu Akbar, Alhamdulillah.
Benarlah Allah Taala memudahkan urusan dan memberikan pertolongan.
Kami ingat Allah Taala akan mudahkan ke petrol pam tetapi rupa nya Allah Taala menambah minyak.
Jika fikir logik, memang tak logik akan tetapi bila fikir tiada yang mustahil di sisi ALLAH TAALA, apa nak diherankan.
Jika malam pun Allah Taala boleh tukar menjadi siang,
Jika bumi yang kering, boleh Allah Taala basahkan
Apa lah sangat menghantar minyak ke dalam tangki kereta..
Sesungguhnya Allah Taala pasti akan bersolawat sepuluh kali bila kita bersolawat hanya sekali.
Maka yakinlah solawat itu berupa rahmat yang kita tidak boleh menentukan bagaimana bentuk rahmatNya.
Dan sabda Rasulullah ﷺ:
“Seseorang yang sedang dalam kesulitan, maka perbanyakkan lah bersolawat kepada ku, sesungguhnya Bersolawat dapat menghilangkan rasa risau, cemas, dan susah, serta memperbanyakkan rezeqi dan memenuhi segala keinginan”.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
MasyAllah
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين