17Nov 2022
NASIHAT YANG SUDAH TIDAK BERMANFAAT
Seseorang berkata kepada Fudhail bin Iyadh rahimahullahu taala :
” Tolong nasihati ku”
Lalu Fadhail bin Iyadh rahimahullahu taala bertanya:
” Apakah orang tua mu sudah meninggal dunia?”
Jawab lelaki itu:
” Orang tua ku sudah meninggal dunia ”
Tiba² Fudhail bin Iyadh mengusirnya dan berkata:
“Sesungguhnya jika seseorang itu memerlukan nasihat setelah kematian kedua orang tua nya, maka nasihat itu tidak bermanfaat lagi baginya.
Kerana nasihat itu bermanfaat dan amat perlu ketika ibubapa mu masih hidup.
berbuat baik kepada orang tua setelah kematian mereka, apa manfaat besarnya sedangkan disuruh berbuat kebaikan semasa mereka masih hidup .