RESIPI DAGING MASAK HITAM KD – ANNURULHADI

Setiap tahun saya terpaksa ulang share dan share resipi ciptaan saya.???
Alhamdulillah
Resepi campak-campak tanpa sukatan ni sering menjadi MENU UTAMA bergabung dengan CAPATI KD.
Dan kerana masakan ini pernah yang merajuk, pernah mengidam, pernah teringin…hehe
Mai saya habag bahan-bahannya:
Bahan A:
Daging 1 kg — elakkan urat saraf dan lemak.
Cili giling atau cili boh ikut kepedasan (saya blend cili kering yang telah direbus, masak kering)
Lada hitam sesudu besar (beli yang dah siap dihancurkan)
Kerisik 4 sudu besar
Sos tiram 4 sudu besar
Kicap manis HABHAL ikut anggaran 1/2 cawan
Asam keping 3 keping jika besar
Gula merah atau gula kabung ikut manis
Bahan B:
Bawang besar 5-7 biji — tumbuk atau hiris nipis. (saya blend jer)
Bawang putih 1 labu
Halia 1 ruas jari
Serai dihiris nipis (tak ada no hal)
Cara masak:
Tumis bahan B — kekuningan
Masukkan cili hingga pecah minyak
Masukkan daging dan selepas 10 minit masukkan semua sekali bahan A
Masak dalam 15 – 45 minit atau hingga daging lembut
Lepas tu dah boleh dihidangkan dengan capati KD….
Selamat Mencuba