#KenapaPerluPanik@ #Takut.
بسم الله الرحمن الرحيم
Surah Muhammad ayat 7
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Maksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.”
Surah Al-Hajj ayat 40
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Maksud:
“Dan sesungguhnya Allah pasti menolong sesiapa yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
Allah Taala bagi kita solusi untuk mendapatkan pertolongan Nya, oleh itu segeralah bertindak untuk membuka jalan² pertolongan Allah.
Allah menolong hamba yang menolong orang lain.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Allah sentiasa menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya.”
— (Riwayat Muslim)
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melakukannya.”
— (Riwayat Muslim)
Berpegang kepada dalil² di atas, saya tidak menasihatkan kalian prep makanan itu ini. Jika kalian ada kemampuan untuk prep makanan, maka gunakan kemampuan untuk membantu agama.
Lebih baik duit yang nak prep tu diinfaqkan kepada madrasah² yang tiada kemampuan. Berikan kepada Utz Utzh yang berdakwah.
Yakinlah itu adalah prep terbaik. Nanti bila kita perlu kepada makan minum, Allah Taala akan memberikan pertolongan Nya tanpa disangka sangka.
Saya memilih untuk mengajak semua yang takut @ panik dengan ancaman apa akan berlaku kepada dunia ini, ikutlah amalan orang² soleh yang memperbanyak berselawat sehingga sentiasa tenang menghadapi pelbagai ujian kehidupan dunia.
Saya memilih untuk menenangkan hati, memperkuatkan keyakinan kepada takdir dan berusaha mengubah takdir buruk kepada takdir yang baik melalui membaca kitab selawat teragung Dalailul Khairat.
Alhamdulillah terlalu banyak pertolongan Allah Taala berikan kepada saya bilamana saya membaca, mengajak dan membimbing orang lain membaca Dalailul khairat.
Allah Subhanahu wa taala berikan pertolongan yang tidak terfikir , tidak tersangka. Banyak tidak terhitung. Dengan berselawat rupa nya, kehidupan menjadi mudah. Tiada ketakutan , tiada kepanikan.
Malah jemaah yang terperangkap dengan hutang juga mendapat pertolongan Allah Taala tanpa disangka². Allah Taala memberikan kelembutan ujian sehingga terasa dakapan kasih sayang Nya.
Kepada yang membaca catatan ini, saya sediakan grup membaca, grup bimbingan Dalailul Khairat khusus untuk muslimat. Namun jika muslimin perlukan bimbingan, insyaAllah ada Utz yang akan membantu .
Jom baca kitab selawat Dalailul Khairat, moga² ketika dunia huru hara, kita tetap tenang dalam lembayung kasih Nya
Hubungi pembantu saya:
www.wasap.my/+60165447357/Tenang