Kitab Dalailul Khairat Terbitan al Mujahid Trading
Kitab Dalailul Khairat terbitan al Mujahid Trading ada pelbagai saiz dan ada versi Arab saja tujuan untuk lancar membaca, saiz poket dan A5.
Versi terjemahan saiz A5 dan A4 ( A4 besar font nya , arab dan terjemahan)
Berkaitan kitab Dalailul Khairat ada banyak pilihan di pasaran.
Tapi yang mudah dibaca, selesa dan yang utama mendapat ijazah ( izin beramal ) dan bersanad ( rantaian guru² sehingga ke Rasulullah ﷺ) adalah kitab Dalailul Khairat terbitan al Mujahid Trading.
Saya sendiri membaca kitab ini walaupun ada beberapa kitab terbitan lain kerana mata selesa, tidak terganggu dan kualiti kertas premium dan kulit keras ( hard cover ) Berbaloi dibaca harian tahan lasak.
Pihak HQ menyediakan grup bimbingan secara online, dibimbing Utzh Syahida Said dan ada banyak majlis² Dalailul Khairat di merata tempat yang boleh dihadiri.
Dan paling baik adalah penjualan kitab, keuntungan nya untuk membantu Palestin, membayar gaji guru² di madrasah , membina masjid dan lain². Alhamdulillah pahala bersambung²