Jom Baca Kitab Selawat Dalailul Khairat
يَا رَبِّي بِالْمُصْطَفَى
بَلِّغْ مَقَاصِدَنَا
وَاغْفِرْ لَنَا مَا مَضَى
يَا وَاسِعَ الْكَرَمِ
“Wahai Tuhanku, dengan (perantaraan) Nabi al-Mustafa,
Sampaikanlah hajat dan tujuan kami,
Ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah lalu,
Wahai Tuhan Yang Maha Luas kurnia-Nya.”
Sesungguhnya Allah Azzawajalla yang bersifat Maha pengasih lagi Maha penyayang tidak mahu kita ke neraka. Maka diutuskan Rasulullah ﷺ sebagai penyelamat untuk hamba hambaNya yang beriman.
Namun alangkah celaka nya kehidupan dunia akhirat kita jika kita tidak mengenali Rasulullah ﷺ dan lebih celaka bilamana Rasulullah ﷺ tidak mengenali kita sebagai umatnya.
Ada satu kisah benar. Seorang pemuda telah bermimpi Rasulullah ﷺ. Di dalam mimpi nya , pemuda itu melihat Rasulullah ﷺ memanggil manggil seorang demi seorang. Baginda ﷺ memeluk dan tersenyum kepada mereka.
Akan tetapi lama dia menunggu namun Rasulullah ﷺ tidak memandang apalagi memanggilnya. Lalu dia menghampiri Baginda ﷺ dan bertanya:
” Wahai Rasulullah, kenapa engkau tidak memanggil ku?”
Rasulullah ﷺ berpaling dan memandang nya seraya bertanya semula:
“Siapakah engkau wahai anak muda?”
Dia menjawab:
“Aku fulan bin fulan, umat mu. Apakah engkau tidak mengenali ku tetapi mengenali mereka?”
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Aku tidak mengenali mu tetapi mengenali mereka kerana mereka banyak berselawat kepada ku!”
Seketika itu pemuda itu terjaga dari tidur nya dan menangis kesedihan dan dia terus membaca selawat demi selawat tanpa jemu sehingga suatu malam sekali lagi dia bermimpi melihat Rasulullah ﷺ dan dari jauh Baginda ﷺ memanggil nama nya sambil tersenyum ”
Alhamdulillah. Satu mimpi terindah bilamana melihat Rasulullah ﷺ dan Baginda Nabi mengenali kita. Dan bilamana Baginda Nabi ﷺ mengenali kita, maka kita akan mendapat syafaat di akhirat kelak.
Malah sesiapa yang dikenali Baginda Nabi ﷺ, hidupnya di dunia penuh kebahagiaan, kejayaan, ketenangan, kegembiraan berbanding mereka yang lupa dan lalai daripada Nabi Muhammad ﷺ.
Wahai pembaca, saya ingin kita bersama² mengenali Rasulullah ﷺ. Sama² kita mendapat kejayaan dunia akhirat.
Saya ingin kalian merasai nikmat nya hidup bila sentiasa banyak berselawat. Marilah kita membasahkan lidah dan mengetarkan hati dengan membaca kitab selawat teragung Dalailul Khairat.
Saya telah beramal membaca kitab ini melalui bimbingan Utzh Syahida Said dan Alhamdulillah kehidupan saya berubah dan yang terindah adalah saya telah melihat Rasulullah ﷺ di dalam mimpi dan Nabi Muhammad ﷺ mengenali saya.
Alhamdulillah
Jom lah kita sama² memberikan waktu untuk mendapat tiket masuk Syurga bersama Baginda Nabi ﷺ. Jom baca kitab selawat Dalailul Khairat dengan ijazah bersanad daripada guru.
*
Catatan perkongsian Jemaah Dalailul Khairat bimbingan Utzh Syahida