Apakah Kita Akan Selamat?
Apakah kita akan selamat?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai kesayangan ku,
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ketika aku menulis ini, aku dalam ketakutan, takut teramat takut. Dan aku terbayang bayang wajah wajah kesayangan ku.
Aku takut akan suatu janji Allah Subhanahu wa taala bahawa langkah terakhir aku adalah melintasi Titian Sirath.
Titian Sirath itu panjang yang perlu dilintasi selama 3000+- tahun perjalanan akhirat. Ya Allah, aku benar benar takut.
Ia adalah jambatan yang merentasi Neraka Jahannam. Seperti hadith ini:
Kemudian didirikan jambatan di atas neraka Jahannam
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Bermakna jika kita tergelincir maka kita akan diratah api neraka Jahannam.
Ya Allah, sesungguhnya aku takut.
Dan dinyatakan lagi:
Sirath itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang
— (Hadis riwayat Muslim)
Allahu Akbar!
Mampukah kita bertahan?
Nanti adakah kita selamat? Kerana sabda Nabi:
Ada yang melaluinya seperti kilat, seperti angin, seperti burung, dan seperti orang yang berlari.
— (HR. Muslim)
Dan menakutkan ku kerana di kiri kanan titian sirath itu ada duri duri seperti hadith ini:
Di atas Sirath ada pengait dan duri seperti pohon di Najd, disebut Sa’dan; ia akan mencabut siapa yang diperintahkan Allah.
— (HR. Bukhari & Muslim)
Allahu Akbar, sesungguhnya aku takut teramat takut.
Dan aku menangis kerana aku tahu ada seseorang sedang berusaha menyelamatkan aku dan semua , sanggup menanti di hujung titian sirath sambil menghulurkan tangan dan memanggil ku, sedangkan aku belum tentu selamat.
Ketika aku dan diri mu, melalui Sirath, Rasulullah ﷺ yang menyayangi kita akan berdiri di tepi neraka Jahannam sambil berdoa:
> Ya Allah, selamatkan, selamatkan (umatku)
— (HR. Muslim)
Namun bagaimana kita akan selamat dan diselamatkan, jika sewaktu kita hidup, kita tidak menyintai Nabi ﷺ kita!
Tolong aku! Tolong berikan aku mendapat cahaya ketika melintasi titian sirath.
Sabda Nabi ﷺ :
Selawat akan menjadi cahaya menerangi titian sirath
Rasulullah ﷺ bersabda:
> Perbanyaklah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Maka sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku, dan sesungguhnya selawatmu itu akan menjadi cahaya di atas Sirat.
Diriwayatkan oleh Abu Nu‘aim dalam Hilyatul Awliya’, juga disebut dalam Ad-Dur al-Manthur oleh As-Suyuti.
Tolong aku dengan membaca selawat, kerana orang yang mengajak orang lain berselawat, dia akan mendapat kebaikan sama seperti orang yang berselawat.
Aku perlu cahaya daripada selawat mu kerana aku adalah PENDOSA
Aku merayu kepada mu, tolong aku, tolong aku. Tolong baca selawat² dan doa² dalam kitab selawat teragung Dalailul Khairat.
Aku membaca Dalailul Khairat dengan bimbingan guru dan aku mengajak mu untuk membaca Dalailul Khairat bersama ku.
Sebuah kitab selawat teragung yang mengandungi pelbagai selawat dan doa, yang diamalkan ulama² dan diiktiraf sebagai kitab selawat terbaik.
Moga² selawat² dan doa² itu, menolong kita ketika melintasi TITIAN SIRATH.
آمين يا رب العالمين.
Maafkan ku🙏
Aku sang pendosa
😭😭😭