CARA MELONTAR BATU KECIL DI KETIGA-TIGA JAMRAH SEMASA HAJI MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW
Khas buat jemaah haji, catatan ini berdasarkan apa yang telah saya pelajari dan lakukan ketika menunaikan rukun haji tahun lepas.
Saya pergi menunaikan haji bersama TN GURU SHEIKH AMINUDDIN (ahli fatwa negeri Kedah) dan setiap perbuatan kami mengikut bimbingannya. Alhamdulillah.
Walaupun ianya haji kedua saya tetapi banyak yang saya baru tahu. Ini disebabkan haji pertama dulu, saya hanya mengikuti kursus haji Tabung Haji semata-mata dan banyak mengikut saja. Astagfirullaha lil mukminina wal mukminat.
Baik kali ini saya kongsikan apa yang telah dilakukan sewaktu mahu melontar.
Jemaah mulai melontar di JAMRAH AL KUBRA @ AQABAH sebaik selesai berhenti sebentar dan mengutip batu di Muzdalifah.
Namun jemaah Malaysia TIDAK terus melontar tetapi dibawa dulu ke khemah penginapan di MINA BARU (KAWASAN YANG JAUH DARIPADA MINA ASLI) Terletak di sebalik gunung dan perlu melalui terowong MUASSEIM untuk ke MINA yang SEPATUTNYA jemaah bermabit.☹
Ok begini CARA MELONTAR DI JAMRAH AL KUBRO.
Pertama kita akan melontar pada 10 ZULHIJJAH. Yakni selepas maghrib pada hari jemaah wukuf, jemaah bergerak ke Muzdalifah dan mengutip batu dan terus menuju MINA.
INGAT! BUKAN MINA DI PENEMPATAN KHEMAH MALAYSIA.
Pada 10 Zulhijjah melontar HANYA DI JAMRAH AL KUBRO. HANYA SATU DAN TERLETAK DI HUJUNG MINA.
KEDUDUKAN JAMRAH AL KUBRO BETUL-BETUL DI SEMPADAN MINA DAN MAKKAH.
Oleh itu sila ambil perhatian. KEDUDUKAN SEWAKTU JEMAAH MELONTAR WAJIB HATI HATI.
Suasana kawasan melontar memang “menggetarkan hati” kerana jutaan manusia berpusu-pusu ke arah jalan yang sama.
Waktu melontar bermula sebaik selesai berhenti sebentar di Muzdalifah.
Bangsa ARAB akan terus ke JAMRAH AL KUBRO melakukan lontaran dan ianya menyebabkan kesesakan di sekitar kawasan jamrah.
Jemaah mesti keliru dan terpinga-pinga disebabkan terkejut dengan kesesakan yang berlaku.
Apa yang perlu dilakukan adalah:
MELIHAT PAPAN TANDA @ SIGN BOARD yang menulis MAKKAH @ KIBLAT.
HANYA DI JAMRAH AL KUBRO.
HANYA DI JAMRAH AL KUBRO.
HANYA DI JAMRAH AL KUBRO.
Jemaah pergi ke arah KIRI walaupun mungkin ramai ke kanan.
Kemudian usahakan diri menghampiri tebing @ tembok jamrah.
Posisikan diri dengan keadaan begini.
1. BERADA DI BAHAGIAN KIRI JAMRAH.
2. TENGOK DAN AGAK MANA TENGAH-TENGAH JAMRAH.
JANGAN MELEBIHI PERTENGAHAN KERANA IANYA SEMPADAN MINA MAKKAH.
3. HAMPIRI JAMRAH SEBOLEH MUNGKIN PALING DEKAT.
4. POSISIKAN DIRI MENGHADAP DINDING JAMRAH AL KUBRO.
BAHU KANAN KE ARAH MASJID KHEIF @ KHEMAH.
BAHU KIRI KE ARAH MAKKAH.
5. MULAI MELONTAR DENGAN MEMBACA DOA MELONTAR.
* ELAKKAN BERHIMPIT DENGAN LELAKI PEREMPUAN BUKAN MAHRAM.
SELEPAS MELONTAR MEMBACA DOA dan bebas menanggalkan ihram.?


CARA MELONTAR DI JAMRAH AL SUGRO DAN WUSTHO.
Hari ke sebelas Zulhijjah, jemaah akan melontar di ketiga-tiga jamrah.
Tanpa memakai ihram. Menuju ke kawasan melontar.
Untuk kedua dua jamrah ini , kedudukan melontar berbeza dengan JAMRAH AL KUBRO .
1. Terus menuju ke bahagian KANAN JAMRAH.
2. TENGOK PAPAN TANDA MAKKAH @ KIBLAT
3. Sama juga JANGAN MELEPASI SEMPADAN MAKKAH MINA.
4. Menghampiri jamrah
5. Posisikan dada menghadap kiblat
5. Terus melontar sambil membaca doa.
Disertakan gambarajah untuk rujukan.


Pesanan tuan guru, JANGAN MELONTAR DI SEBELAH YANG KELIHATAN TIADA ORANG DAN JANGAN IKUT-IKUTAN.
Sekadar catatan pengalaman untuk diri dan anak anak. Sila share jika bermanfaat.
Mohon rujuk guru-guru yang berilmu!
Jika ada kesilapan mohon betulkan saya. Al Maklum umur kian muda ?
Moga-moga para jemaah haji dimudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik dan diberi kekuatan jiwa untuk beribadah dan bertaubat kepada ALLAH TAALA serta mendapat haji mabrur. Aameen.
Pengalaman saya, sebelum bergerak ke MINA untuk bermalam dan melontar jamrah, saya dan sahabat-sahabat akan melumur pinggang dan betis dengan KD SLIM.
Alhamdulillah kami merasa cergas, tiada kesakitan kaki dan pinggang.
Peluh mencurah namun memberikan mood yang positif. Yang paling best kami tidak langsung merasa sakit kaki walaupun jauh menapak setiap hari.
Oh ya
JIKA MAMPU BERGERAKLAH SELEPAS ZOHOR @ ASAR MENUJU MINA DAN SELEPAS MELONTAR JANGAN BALIK KE KHEMAH TETAPI TERUS BERMABIT ( BERMALAM ) DI MINA YANG LAMA BERDEKATAN MASJID KHEIF.
Saya masuk ke dalam masjid yang dipenuhi 99.9% bangsa ARAB dan lain negara kecuali MALAYSIA. HANYA beberapa orang saja yang bersama-sama mabit di MINA.
Ulama berselisih pendapat dengan ARAHAN kerajaan Saudi tentang kawasan baru yang dinamakan MINA.
Ada mengatakan TIDAK SAH dan SAH. Oleh itu cara paling selamat dan mendapat pahala ikut sunnah RASULULLAH SAW adalah bergerak dan MENUJU ke MINA.
Bawalah tikar plastik untuk duduk di luar masjid @ sekitarnya.
Bermula dari selepas Maghrib hingga tamat tempoh minima 5 jam.
Sebab itu KD SLIM amat penting untuk melegakan sakit pinggang dan lutut ketika duduk menunggu tempoh tamat mabit.

