Ciri-ciri Diri Yang Sombong
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Adakah kita mempunyai sifat sombong? Yang menyebabkan akan bersama Iblis?
Sifat sombong ini tidak perlu orang lain bagitahu bahawa kita sombong, akan tetapi hati kita sendiri boleh bagi jawapan kesombongan diri kita.
Ciri sombong yang perlu dirisaukan diri sendiri ( koreksi diri ):
1. Bila suka mendahului orang lain ~ sentiasa mahu menjadi orang pertama dalam segala hal, menjadi ketua.
2. Suka tunjuk kelebihan diri ~ mahu orang tahu bahawa dirinya boleh itu ini, mampu itu ini.
3. Suka menonjolkan diri (niat ingin menjadi ketua ) ,
4. Bila berjalan angkuh berlagak~ merasa dirinya bagus dari segi penampilan dll
5. Tidak suka melakukan perbuatan yang merendahkan diri/darjatnya seperti membersihkan tandas, kutip sampah dsbnya.
6. Tidak mahu menerima teguran walaupun dia bersalah. walaupun teguran itu terdapat dalam kitab, dia tetap enggan terima.
7. Enggan menerima kebenaran . Sentiasa merasa diri nya benar.
8. Meremehkan orang lain.
9. Memuji diri sendiri.
10. Berbangga dengan nasab keturunan nya.
Ayuh! Cek diri masing².
Ramai di kalangan kita sombong dengan guru!
Guru yang menegur malah dimusuhi.
Guru menasihati malah dibenci.
Merasa diri lebih benar daripada nasihat Guru.
Moga² kita merendahkan diri dengan guru kerana kesombongan diri merasa diri lebih benar, merasa tidak perlukan guru, merasa diri hebat dll akan menghancurkan diri kerana menjadi teman
Iblis yang sombong .