Hidup Ini Keras?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Semalam bersembang dengan kawan. Dia kerja bergaji kecil saja. Kereta nya rosak dan hantar ke bengkel.
Saya tanya :
” Berapa kos repair kereta tu?
Dia : RM300 , ustazah. Tak sangka murah je, sebab biasa nya saya bayar rm800 ke atas.
Saya : Siapa yang bantu selesaikan masalah tu?
Dia: Allah Taala bantu melalui bacaan Dalailul Khairat.
Saya: Bertuah kan dapat hadiah ni?
Dia: Ya Ustazah. Sekarang saya relaks tenang je walaupun ada masalah. Memang nampak sangat² mudah hidup ini. Dulu saya macam orang lain rasa hidup ini keras. Keras nak menjual, orang tak beli. Keras dapat duit, tak cukup². Anak lagi buat perangai, degil.
Sekarang ini saya ok je. Kereta rosak saya hantar je lah. Saya baca Dalailul Khairat, ikut apa ustazah pesan. Minta kat Nabi صلى الله عليه وسلم ( tawasul ) minta kat Imam Jazuli. Allah mudah kan semua hal. Alhamdulillah.
Saya: Memang kesian kat yang lain kan. Hidup ini bukan Keras tapi hati mereka Keras. Kita bagitahu mereka tak heran. Mereka anggap lekeh membaca solawat boleh melembutkan kehidupan.
Ada pula yang wasap, ( saya dah baca tapi tak mujarab pun ) Kita pesan baca kitab Dalailul Khairat mesti ada dapat ijazah daripada guru, mereka beli kat shopp**, kat TT. Sebab kata nya murah. Pastu bila amalan kurang berkesan kata tak bagus Dalailul Khairat. Sendiri yang beramal tanpa guru kan.
Tengok apa Utzh Mariam share. Dia sama macam lain², kehidupan agak keras walaupun dia guru AlQuran . Bukan AlQuran tidak melembutkan ujian masalah tapi perlu dilengkapkan dengan membaca kitab solawat Dalailul Khairat.
Sebab tu Utzh Mariam kata ada keajaiban. Tu Utzh yang memang beramal membaca AlQuran pun nampak keajaiban Dalailul Khairat, tapi kita orang awam, punya lah keras hati, dibagi tahu tak heran, diajak malah dikeji.
So apa kita nak buat lagi kan? Biarkan si luncai dengan labu² nya?
Tidak sama sekali. Selagi ada nyawa walaupun tersisa sesaat, tetap saya mengatakan ” bacalah kitab solawat Dalailul Khairat dengan ijazah bersanad guru , insyaAllah akan dipermudahkan kehidupan dunia akhirat kita kerana kita sentiasa bersama Nabi صلى الله عليه وسلم ”
InsyaAllah
…
Nak baca Dalailul Khairat dengan ijazah bersanad guru?
Hubungi: www.wasap.my/+60165447357/hidupKeras