Keajaiban Demi Keajaiban , Kelebihan Demi Kelebihan
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ingin saya kongsikan beberapa keajaiban @ kelebihan yang dialami seseorang yang mengajak orang lain membaca Dalailul khairat.
Beliau aktif menganjurkan majlis solawat Dalailul Khairat dan sentiasa ke sana sini.
Katanya dan doa nya hanya seperti doa Utzh Syahida Said, dia ikut 100%, yakni berdoa minta kepada Allah Taala umur , masa, kesihatan dan rezeki yang barkah hanya untuk menyebarkan kelebihan bersolawat Dalailul khairat.
Katanya nak ikut lah apa ustazah minta ” agar mati menjadi asbab orang lain membaca dan menyebarkan kelebihan bersolawat Dalailul khairat.
Lalu beliau bercerita:
Sewaktu saya musafir dakwah ikut Ustazah, dan bila balik ke rumah , suami saya bagitahu:
” Kan ayah dah kata, ummi nak balik” suaminya senyum kerana tekaannya tepat.
Sambung suaminya lagi:
“Tadi Man tanya kat abang, ” Ayah pakai minyak wangi kah?” Wangi rumah ni.”
Suaminya kata:
” Tak lah ”
Man sebut ” Wangi satu rumah ni”
Suaminya membalas :
” Ummi nak balik le tu”
SubhanAllah . Sejam selepas tu dia pun sampai rumah dan suaminya kata “kan Ayah dah kata, ummi nak balik, tu rumah wangi”
Allahu Akbar.
Suami nya perasan bila isterinya Safar dakwah Dalailul Khairat, tanda isterinya nak balik rumah, akan ada bauan wangi.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Kisah ini buat dia merasa malu sangat² kepada Allah Taala dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebab usahanya berdakwah sikit sangat tapi ada kesan baik.
Dia bertanya Utzh Syahida dan Utzh bagitahu ” kan orang yang bersolawat Allah Taala berikan rahmat, keampunan dan d angkat darjat di sisi Allah.
Apa lagi mengajak orang lain. Pasti banyak rahmat, keampunan dan diangkat darjat.
Wallahu ‘alam.
….
Kisah terawal , Awal September, Utz Nabil pergi menunaikan umrah dan bermimpi melihat dia berada dalam Raudah di sisi makam Nabi صلى الله عليه وسلم dan memakai pakaian bagaikan ratu, cantik memakai mahkota.
Kata Utz Nabil ” lama saya tunggu kakak tu keluar daripada Rawdhah tapi kakak tu kata tunggu ya ustaz, lagi 2 jam”
SubhanAllah.
Sesungguhnya banyak lagi keajaiban yang dia dapat asbab dia bersungguh sungguh mengajak orang lain membaca kitab solawat Dalailul Khairat tanpa jemu tanpa sedih kerana dikeji dan lain².
Alhamdulillah walaupun dia masih hidup, kita doa kan agar dia mendapatkan kebaikan dunia akhirat, dekat dengan Nabi dan berkumpul bersama orang² soleh. Aameen.
Nak nangis lah tulis ni, teringin dapat kebaikan demi kebaikan tetapi usaha dakwah terlalu lemah.
Ya Allah
Pilihlah kami untuk menyebarkan kelebihan bersolawat Dalailul khairat tanpa sebab dunia tapi sebab ingin dekat dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
BaarakAllahufikum