#PENCINTA RASULULLAH ﷺ dan pengamal kitab #DalailulKhairat.
#PENCINTA RASULULLAH ﷺ dan pengamal kitab #DalailulKhairat.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Khusus untuk jemaah muslimat yang membaca kitab solawat Dalailul Khairat, dijemput hadir berkampung 5 hari di Nur Dalailul Khairat ( Musolla Assa’adah) Spg Pulai, Perak mulai 5 September sehingga 9 September.
InsyaAllah bermula 5 September dengan Majlis Maulid sempena Maulidur Rasul ﷺ , diikuti majlis besaran pembacaan kitab solawat Dalailul Khairat selama 72 jam tanpa henti berkumandang dan acara kemuncak pada 9 September untuk majlis Haul al Imam Muhammad Sulaiman alJazuli rahimahullAllahu Taala.
Sesungguhnya sesiapa yang mengamalkan kitab solawat Dalailul Khairat sewajarnya menghadiri majlis ini sebagai tanda memuliakan dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dan Imam Muhammad Sulaiman alJazuli rah.
Mereka yang benar benar TAHU BERTERIMA KASIH pasti hadir ke Majlis Haul Imam al-Jazuli kerana asbab pengorbanan nya menggunakan waktu, tenaga, harta nya untuk mengumpulkan dan mengarang kitab solawat Dalailul Khairat hampir 14 – 16 tahun .
Apa lah salah , hanya sehari jika tidak mampu lima hari, untuk hadir dan duduk bersolawat Dalailul khairat untuk Rasulullah ﷺ dan menghargai Imam al-Jazuli.
Adakah tiada rasa menghargai pengorbanan seseorang itu sehingga alasan bekerja, alasan nak bayar kos rambang , penginapan dan lain² itu menghalang untuk menghargai Imam al-Jazuli.
Bukan tiap minggu
Bukan tiap bulan
Hanya setahun sekali saja, itu pun tidak peduli.
Namun esok di mahsyar mesti nak dapat syafaat Imam al-Jazuli yang di dunia tidak dipedulikan.