Masalah Keraguan Terhadap Janji dan Jaminan Allah Tentang Rezeki
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan masalah keraguan terhadap janji dan jaminan Allah tentang rezeqi akan menyeret kepada ketidakyakinan kepada ALLAH TAALA dan dikhuatiri orang yang seperti ini akan dicabut ilmu dan agamanya.
Maka ALLAH TAALA berfirman:
Al-Ma’idah 5:23
وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓا۟ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
“kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah Dan jika benar kamu orang-orang yang beriman”
Maka ALLAH mengikat keimanan dengan tawakkal. Maksudnya seseorang yang tidak bertawakkal, tidak yakin dengan janji Allah, akan dicabut keimanan nya.
Aal-e-Imran 3:159
فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ
“maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
Maka cukuplah satu point ini sudah memadai dan cukup kepada orang yang peduli terhadap agamanya.
Jangan sesekali meragui jaminan Allah kerana akan dicabut keimanan nya.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Point kedua:
Hendaknya kamu tahu dan sedar bahawa rezeqi itu telah dibahagi² dan telah sohih dijelaskan melalui alQuran dan hadith² Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Dan kamu juga tahu bahawa pembahagian itu tidak akan dapat ditukar dan tidak akan berubah, maka kalau kamu menolak pembahagian itu, tidak redho , merasa jengkel, keberatan menerima pembahagian itu, kamu telah mengetuk & menghampiri pintu kekufuran.
Dan apabila kamu mengetahui bahawa pembahagian itu adalah benar ada, tidak akan berubah, maka apakah manfaatnya untuk terus memikirkan dan terus mencari malah kamu akan bertambah keletihan dan kehinaan dan di akhirat akan bertambah celaka dan kerugian.
Maka kerana itu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Telah tertulis di belakang ikan, di belakang lembu, ini adalah rezeqi si fulan bin fulan.”
Dan tidak akan menambah orang yang tamak kecuali keletihan dan kepayahan saja”
Dan diriwayatkan oleh guru kami rahimahullahu taala:
Sesungguhnya apa yang ditaqdirkan untuk kamu kunyah maka tidak akan dikunyah oleh orang lain.
Maka makanlah bahagian rezeqi mu dengan mulia, jangan kamu memakan nya dengan kehinaan .
Maka point ini adalah point yang bagus, yang boleh menjadikan seseorang itu merasa CUKUP Qana’ah dengan pembahagian rezeqi daripada ALLAH TAALA.
Point ketiga ( mengatur rezeqi)
Aku telah mendengar daripada guru ku ( imam Haramain rahimahullahu taala) , guruku menceritakan tentang gurunya yang mengatakan ” Sesungguhnya yang membuat ku merasa tenang dalam urusan rezeqi ini bahawa aku ingat dan aku katakan kepada diriku :
Bukan kah rezeqi ini untuk orang yang hidup dan untuk kehidupan saja.
Maka diri ku mengatakan: IYA
maka aku katakan lagi kepada diri ku:
” Orang yang mati itu, apa yang dia boleh buat dengan rezeqi itu selepas kematiannya?”
Maka diri ku mengatakan:
Tiada apa boleh dibuat.
Bermaksud selama masih hidup, pasti dapat rezeqi.
….
Aku katakan apabila kehidupan seorang hamba itu di bawah kekuasaan Allah yang Esa, maka begitu juga dengan rezeqi.
Rezeqi di bawah kekuasaan Allah, jika Allah berkehendak, Dia akan memberikan kepada ku. Jika Dia berkehendak menghalang, maka terhalang juga rezeqi ku dan rezeqi ku tidak terlihat oleh ku.
Maka cukuplah Allah yang berkuasa dan mengatur mengikut kehendak Nya.
Oleh itu jiwa ku pun menjadi TENANG.
Point ini sangat² tepat bagi orang yang mahu meneliti masalah REZEQI.