23Nov 2023
Ingatlah Keaiban Diri Sendiri !!
” Apabila nafsu melonjak-lonjak menghasut untuk mengumpat saudara seagama, maka ketika itu ingatlah bahawa diri anda sendiri juga penuh dengan keaiban. Jika Allah membuka keaiban itu kepada orang-ramai, nescaya anda akan menjadi bualan sensasi manusia disetiap perjumpaan dan keramaian. Jika ada sekelumit sifat malu dalam hati anda kepada Allah, nescaya keinginan untuk mengumpat akan berubah kepada keinginan untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak mendedahkan keaiban kita kepada manusia”