11Jun 2018
KERUGIAN MASYARAKAT KETIKA RAMADHAN
Ramai yang mengetahui mereka berada di bulan keampunan.
Mereka juga mengetahui jika mereka menjaga diri mereka dari melakukan setiap kehendak hawa nafsu dan melakukan semua yang diwajibkan seperti puasa dan menghidupkan malam malam Ramadhan dengan ibadat maka mereka diampunkan semua dosa dosa kecil yang lalu.
Tetapi mereka tidak peduli dengan tuntutan itu sehingga Ramadhan berakhir.
Rasulullah saw sudah memberitahu bahawa mereka itu orang yang hina dan rugi.
Maka jika anda masih mempunyai kesempatan untuk melakukan tuntutan – tuntutan itu maka lakukanlah kerana anda akan dimuliakan oleh Allah.
Jangan anda abaikan kali yang kedua kerana anda akan dihinakan oleh Allah.
http://Annurulhadi.com