12Jun 2018
PENERIMAAN PUASA RAMADHAN
Puasa Ramadhan kita tidak diterima oleh Allah selagi kita tidak membayar zakat fitrah.
Rasulullah memberi perumpamaan seperti puasa yang tergantung di antara langit dan bumi.
Zakat fitrah juga dipanggil zakat Ramadhan , zakat puasa , zakat kepala & zakat badan.
Ulama’ mengatakan ia berlaku dengan 2 andaian :
1 ) Puasa tidak diterima dan tidak diberi pahala.
2 ) Puasa tidak diterima secara penuh dan tidak diberi pahala puasa penuh.
Maka ini sebagai bukti tinggi nilai zakat fitrah dan teguran supaya mengambil berat soal zakat fitrah kerana ia menghalang salah satu rukun Islam diterima oleh Allah.
http://Annurulhadi.com