ADAB & KHIDMAT BUAT SANG GURU
ADAB & KHIDMAT BUAT SANG GURU
Sayyidi Syeikh Nazrul Nasir Al Azhari حفظه الله تعالى ورعاه menyebutkan sebuah pesanan besar daripada Fadhilatus Syaikh Ahmed Mamdouh Al Azhari حفظه الله تعالى ورعاه dalam muqaddimah Majlis Sama’ Sahih Muslim di Masjid Putra Putrajaya, berkaitan adab & khidmat
Kata Sayyidi Syeikh حفظهما الله, Antara adab besar seorang murid kepada gurunya, adalah adab yang ditauladankan oleh Sayyidil Imam Muslim رحمه الله تعالى ورعاه kepada gurunya Sayyidil Imam Al Bukhari رحمه الله تعالى ورعاه، walaupun pada saat itu kesemua orang lain meninggalkan Sayyidil Imam Al Bukhari رحمه الله تعالى ورعاه dalam keadaan yang menyedihkan dan menyayat hati, namun tetaplah setia anak muridnya itu disisi Sayyidil Imam Al Bukhari رحمه الله تعالى ورعاه, meneruskan khidmatnya dengan sebail dan selayaknya kepada gurunya yang mulia
Dan begitulah besarnya ada dan khidmat seorang murid kepada gurunya, dan darinya dikurniakan keberkatan disisi Allah ﷻ yang teramat banyak. Begitulah Sayyidil Imam Muslim رحمه الله تعالى ورعاه mendidik kita akan besarnya adab dan khidmat pada guru, sentiasa dan sentiasa
Moga Allah ﷻ mengurniakan kepada kita istiqamah dalam khidmat buat Sang Guru. Khidmat buat mereka, merupakan “teduhan” buat ruhani & jiwa kita yang faqir
Catatan serba kekurangan :
Pencetus Ummah Izzat
Khadimul ‘Ilm Wal Ulama’
Jalsah Ba’dal Isya’ @ Masjid Putra
….
Sesungguhnya keberkahan ilmu itu apabila kita beradab dengan GURU.
Jika kita nampak aib GURU bermakna kita telah derhaka kepada guru dan hilang lah keberkahan ilmu.
GURU saya Tn guru Sheikh Aminuddin Abdul Rahim bercerita:
Suatu hari guru nya, Tn guru Sheikh Nuruddin Marbu al makki, mengambil gelas minuman dengan tangan kiri dan nak mencicip nya.
Kata Tn guru Sheikh Aminuddin Abdul Rahim ” Saya tahu Sheikh sedang menguji ketaatan sebagai murid, jika saya tegur atau nampak salah guru, hilang lah keberkahan ilmu”
Adab murid dengan guru, jika ternampak aib guru dia akan sedar bahawa itu lah aib nya yang Allah Taala tunjukkan melalui guru nya.
Adab murid adalah bila mendengar cerita keburukan guru, ” dia akan meminta Allah Taala memelihara guru nya” bukan bertindak meninggalkan dan turut membenci guru nya
Lihat lah kisah Imam Bukhari rahimahullahu taala yang hidup nya difitnah, dibuang malah meninggal dalam penindasan kerajaan dan masyarakat.
Yang setia mendampingi nya adalah murid nya al Imam Muslim.
Allah Taala telah memuliakan kedua² nya, memuliakan zuriat keturunan kedua² nya.
Maka wahai sahabat Dalailul Khairat, jagalah adab dengan guru. Moga² kita semua dapat keberkahan ilmu dan amal.
Celakalah kita bila mana kita memburukkan guru apalagi menfitnah guru yang telah membimbing kita untuk mendekati Allah Taala.
Moga² ilmu amal kita barkah sehingga zuriat keturunan kita mendapat kebaikan.
BaarakAllahufikum