ADAKAH IMPIAN TELAH MENJADI KENYATAAN?
Impian itu tidak sukar DIMAQBULKAN andai impian itu kerana ALLAH TAALA.
Ciptalah impian yang akan mendekatkan diri kita kepada ALLAH TAALA dan RASULULLAH SAW..
Kadang kala kita mengimpikan sesuatu dan menyandarkan impian itu kepada ALLAH TAALA lalu impian itu hancur dan perlukah kita kecewa?
.
.
Saya mempunyai banyak impian dan alhamdulillah banyak yang telah dimaqbulkanNya. Namun ada suatu impian yang saya sandarkan kepada ALLAH TAALA dan ianya hancur.
Dan saya simpan kehancuran itu selama 15 tahun untuk sebuah tangisan …15 tahun saya simpan tangisan dan akhirnya saya sujud syukur dengan nikmat dan rahmatNya.
.
.
Sesungguhnya apabila kita bersandarkan kepada ALLAH TAALA, HATI KITA BAHAGIA. Bukan disandarkan kepada RM UNTUK bahagia.
.
Semalam saya “melepaskan” pelajar sulaman dan langsir balik setelah 3 hari hard training. Dia bekas pegawai kerajaan bergaji besar, bersara di usia 41 tahun kerana mengejar impian untuk banyak masa menuntut ilmu fardhu ain dan mencari rezeqi untuk bantu sabilillah.
Dia datang untuk impian yang cukup besar. Kerana ALLAH TAALA semata mata. Bukan untuk sijil dan bukan untuk KAYA UNTUK BANTU SABILILLAH.
Tangisan dan sendunya saya faham. Betapa dia bahagia kini. ALLAH TAALA membentangkan impiannya bagai layar. Lancar dan perfect!
.
.
Sewaktu mengajarnya, satu demi satu Ilmu baru ALLAH TAALA buka. Lebih mudah untuk menyulam dan teknik yang cepat. Alhamdulillah.
Dia datang dengan impian dan pulang dengan kejayaan. ALLAH TAALA membukakan jalan mudah baginya. Mesin sulaman berpuluh ribu RM mampu dibeli dan mendapat diskaun ribu RM. Allahu Akbar!
.
.
Pagi ini saya merasa bahagia. Saya teringat impian saya terawal dalam ilmu jahitan. Yakni mencari ilmu untuk kebaikan agama ALLAH.
Alhamdulillah satu demi satu pelajar yang dulu JAUH dengan ALLAH TAALA kini semakin dekat denganNya. Dulu mereka free hair atau TIDAK sempurna menutup aurat tapi kini mereka lebih 100% berubah.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
.
.
Impian saya kini dan juga doa anak saya yang DIMAQBULKAN ALLAH TAALA adalah
REZEQI MASUK HANYA DALAM RUMAH.
.
.
Doa anak saya dulu:
“abang doakan ummi tak perlu keluar rumah untuk mencari rezeqi bantu sabilillah”
Manakala anak ketiga komen
” bang kena ubah doa. Ummi kini banyak mengajar di HQ Shah Alam tak keluar-keluar…Mukmin terperangkap sekali?”
Dan doa Angah nak bantu ummi menjaga kebajikan masjid Assa’adah. Angah balik Malaysia untuk impian ummi.
.
.
Saat ini saya menulis dalam Masjid Assa’adah, saya mengimpikan untuk merealisasikan impian orang lain. InsyaAllah saya akan bantu agar mereka yang ada impian untuk berjaya dan bahagia dalam kehidupan yang DIREDHOI dimudahkan mengejarnya.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat tanpa tauliah daripada saya secara personal atau kumpulan, sila whatsapp ke HQ Annurulhadi.
InsyaAllah awal Ogos saya berada di Sepang dan di Perak boleh buat booking dulu.
Solat istikharah. Jika teringat ustazah Syahida Said baru menghubungi +60134400212.
.
.
Saya tiada kelebihan cuma saya ingin berkongsi kebahagiaan itu. Jika impian untuk KAYA semata-mata jangan cari saya. Saya tidak akan mengajar bagaimana kaya lagi kerana ramai pelajar langsir saya dah diberi kekayaan tetapi JAUH MENINGGALKAN ALLAH TAALA.
Saya hanya akan mengajar bagaimana dunia mengejar kita. Insyaallah tak perlu kaya tetapi sentiasa ada dan berlebihan.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
#kaunselorKampungTanpaSijil
