AGAMA ( RAMADHAN BULAN TAUBAT)
RAMADHAN, MUSIM TAUBAT
Ulama mengatakan bahawa hikmah ditutup pintu neraka pada bulan Ramadhan supaya ahli maksiat bertaubat kepada Allah.
Menangguh taubat atau tidak bertaubat merupakan tanda tanda orang munafiq yang Allah sebutkan di dalam Al Quran.
Masa depan yang cerah bagi orang yang sentiasa memohon keampunan dan kemaafan dari Allah siang dan malam terutama waktu sahur.
Rasulullah saw menggalakkan untuk memperbanyakkan 4 ucapan pada bulan Ramadhan.
1 ) أَشهَدُ أَن لا إِلَهَ إِلا الله
Asyhadu al laa ilaaha illallah
Saya percaya tiada tuhan melainkan Allah.
2 ) أَستَغفِرُ الله
Astaghfirullah
Saya memohon ampun dan maaf dari Allah.
3 ) أَسأَلُكَ الجَنَّةَ
As alukal jannah
Saya memohon dimasukkan ke dalam syurga.
4 ) وَأَعَوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ
Wa a’udzubika minan naar
Dan saya memohon perlindungan dari dimasukkan ke dalam neraka.