BAB: KESIMPULAN TENTANG SYAITAN (SAMBUNGAN)
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan kamu ketahui bahawa Syaitan itu jahat, buruk, hina kerana dia sengaja memusuhi mu disebabkan janjinya
Sad 38:82 : قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: ” Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, “
“Al-Hijr 15:39 : قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,”
Maka berlindunglah kepada Tuhan Mu, Zat yang maha berkuasa, zat yang maha mengalahkan daripada anjing yang terkutuk ini.
Dan janganlah kamu lalai dari tipu daya nya dan perangkap perangkap nya.
Maka kamu akan selamat dengan mengingati ( zikir )ALLAH TAALA dan jangan sampai kamu lalai daripada zikir kepada ALLAH TAALA kerana zikir ini sebenarnya mudah apabila kamu mempunyai semangat.
Sebagaimana ALLAH TAALA firmankan:
An-Nahl 16:99 : إِنَّهُۥ لَيْسَ لَهُۥ سُلْطَٰنٌ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.”
( Zikir itu bukan hanya bertasbih, bertahmid tetapi semua amalan ketaatan adalah mengingati ALLAH TAALA : Solat adalah zikir, membaca alQuran adalah zikir malah menyingkir batu di jalan juga zikir.
Menunjukkan semua perbuatan baik yang Allah redho adalah zikir. Malah meninggalkan perbuatan buruk kerana Allah itu juga zikir)
Segala sesuatu yang terhubung dengan Allah adalah zikir.
Dan sungguh benar apa dikatakan Abu Hazim rahimahullahu taala yang berkata : Apa itu dunia dan apa itu Iblis?
Adapun dunia itu apa yang telah berlalu adalah mimpi dan apa yang berbaki ( yang belum terjadi) adalah angan².
Dan adapun Syaitan itu, dia telah ditaati tetapi tidak memberi sebarang manfaat kepada mu dan apabila kamu membangkangnya, sama sekali dia tidak akan mampu memudaratkan kamu ( kerana Syaitan adalah makhluk Allah bukan Pencipta mu)
Kerana godaan halusnya yang memperdayakan kamu hingga kamu terpedaya kerana Syaitan itu sentiasa memutar balik kan fakta hingga kamu nampak yang jelek itu indah. Yang buruk itu baik. Yang jahat itu baik. Itulah pekerjaan syaitan.