Bagaimana suami kita
Sesungguhnya sejak saya mengendalikan sesi slot “HATI KE HATI BERSAMA USTAZAH SYAHIDA SAID ” dan “TIP RAHSIA MEMILIH BISNES BARKAH” banyak kisah pelanggan yang menginsafkan saya.
Mengajar saya secara tidak langsung NILAI MENSYUKURI NIKMAT .
Kisah mereka bagaikan menjentik kesombongan, keegoaan dalam diri.
Ni kisah Kak Rin. ( bukan nama sebenar)
Kak Rin menetap di Johor Bharu. Raut wajahnya lembut dan tatapan matanya tatapan seorang hamba Allah yang tinggi sifat redho.
Kak Rin hadir ke Seminar Tip Bisnes Barkah walaupun beliau bukan nak bisnes. Mungkin untuk bertemu saya yang chomel ni?
Tapi kan sewaktu saya bersalaman dengannya. Beliau merenung dan seakan tidak percaya hingga berkata ” jika ustazah tak bercakap, Akak tak cam dah ni ustazah. Memang betul lah Ustazah dah SLIM guna KD SLIM!”
Dan saya mestilah gembira kan. Tak kan lah dipuji SLIM unhappy!?
Kemudian kami bertukar pelbagai kisah hingga Kak Rin bercerita dan bertanya macam macam.
Topik bisnes barkah ni luas. Ramai tak sangka ada unsur syubhah atau haram dalam pekerjaannya.
Cerita Kak Rin.
” Suami Akak ARKITEK. Ada firma sendiri. ”
Terus kami menyampuk. Wah! Isteri orang kaya ni.
Kak Rin seakan sebak.
” Selama perkahwinan suami akak bagi duit belanja RM10 RM20 saja. Akak redho je”
Cukup ke kak? Perbelanjaan lain dia sediakan ke? Laju je saya menyebok. Bab mengorek hal rumahtangga orang kan ” best”
Kak Rin sebak lagi.
” Suami berikan ikut apa dia nak beri. Cukup atau tidak, Akak cuba cukupkan. Akak selalu pesan kepada anak anak. Bersabar. Belajar rajin .
Dengan duit yang memang selalu tak cukup tu akak cuba menyediakan keperluan harian.
Mesti tak percaya kan? Tapi itulah kebenarannya.
Ustazah tahu tak, rumah akak tiga tahun bergelap. Tiada elektrik!
Kami kepanasan dan kegelapan.
Akak pesan kepada anak anak. Siapkan kerja sekolah sebelum Maghrib. Nanti bergelap harap cahaya lilin.
Kami tinggal di rumah teres . Dan bergelap dan suami tak kesah.
Dia ke pejabat hidup dalam cahaya dan penyaman udara. Dia tak peduli kami kipas pun tak boleh guna.”
Kak Rin mesti isteri yang penyabar maqam tertinggi ni. Sambil bercerita beliau tidak pula beremosi. Lembut bicaranya memaku kami semua.
Sambungnya lagi
” Akak masih ingat anak akak dapat tawaran ke MRSM. Tak ada duit untuk persediaan masuk termasuk perbelanjaan .
ALLAH TAALA MAHA KAYA.
Akak meniaga Ketupat Rendang di Hari Raya.
Kami anak beranak buka meja dekat kawasan Tambak Johor. Hari raya semua kedai makan tutup.
Orang Singapura ramai masuk Malaysia. Alhamdulillah laris. Akak terpaksa balik rumah dan masak lagi dan pergi menjual lagi seharian tu.
Alhamdulillah cukup duit untuk keperluan anak ke MRSM.
Rezeqi anak anak , mereka bijak. Kesemua ke MRSM. Cuma mereka tak seperti anak orang lain.
Mereka tiada duit belanja. Suami akak tak berikan langsung kecuali RM10.
Anak akak terpaksa menyembunyikan diri daripada kawan kawan yang buat apa apa projek.
Mereka malu sering disindir bila minta berkongsi duit dan mereka tiada duit.”
Pernah adik Akak yang menziarahi anaknya juga di MRSM sama, terkejut bila lihat di tangan anak Akak, bapanya hanya memberikan RM10.
Kata adik, ” Anak uncle RM200 sebulan pun mengadu tak cukup untuk buat macam macam projek ”
Suami akak berprinsip ” Makan guna apa saja yang sekolah sudah sediakan”
Dan tahukah kalian. Anak anak Kak Rin kini, sudah pun bergelar doktor perubatan.
Kini Kak Rin jika membeli produk Annurulhadi sekali membayar beribu RM. Anak anaknya telah MENYEDIAKAN KEHIDUPAN YANG BAIK UNTUK MAMA MEREKA”
Kisah Kak Rin secebis kisah dalam berjuta kisah. Siapa sangka kan , isteri seorang Arkitek yang sepatutnya KAYA tetapi MISKIN.
Saya menyebut hal ini dan Kak Rin menerima dengan rasa kesyukuran.
Kata saya
” Akak berdoa minta rezeqi yang halal dan barkah. Dan daripada sumber rezeqi suami Akak, hanya RM10 20 tu yang barkah.
Yang lain mungkin syubhah @ haram.
Alhamdulillah memang sedikit malah seolah kehidupan orang miskin tetapi asbab Akak redho , tidak meminta cerai, tidak memaki hamun Suami, ALLAH TAALA barkahkan ilmu kepada anak anak Akak.
Allahu Akbar. ”
Apa pun kami para isteri dalam SEMINAR BISNES BARKAH terus NAMPAK JELAS kelebihan suami masing masing.
Kedekut kedekut suami kita, makan hingga gemuk. Tidur berkipas berpusing laju dan ditambah penyaman udara. Rumah tidak bergelap walaupun sekali.
Bertuahnya kita menjadi isteri kepada suami kita kan?❤

Allahuakbar.
Kak Rin sesungguhnya seorang isteri yang sabar dan tabah.
Moga menjadi inspirasi kepada saya dan isteri2 lain juga.