BERSARUNG KAKI DI DEPAN IPAR DUAI @ BERTUDUNG RAMBUT SAJA?
Balik kampung hati girang! Berjumpa orang yang tersayang dan berkumpul ramai ramai.
Masalah timbul bila mana bab aurat sesama ipar duai dan sepupu sepapat .
Masalah utama WANITA SOLEHAH saja , yang ingin mendapat SYURGA.
Tak semua orang direzeqikan balik kampung ada bilik tidur asing dan rumah berbeza ruangan. Apa lagi direzeqikan ipar duai sepupu sepapat tahu menjaga pergaulan.
Saya sendiri. Direzeqikan bila balik ke rumah mertua terpaksa MENJAGA AURAT sesempurna mungkin.
Pertama :
Rumah mertua hanya ada satu bilik untuk adik ipar perempuan.
Kedua:
Abang Ipar yang bujang memang di rumah tu dan dia bebas ” ke hulu hilir utara selatan timur barat “?
Ketiga:
Biras lelaki dan anak sedara lelaki!
Mahu tak mahu.
Panas ke tak. Wajib menutup aurat seluruh tubuh! Bukan bertudung rambut. Tapi sarung kaki wajib pakai walaupun sedang main air di dapur.
Rimas tak? Rimas lah kak oi…dengan panas rumah tanpa siling dan tanpa kipas! Tanpa kipas tau..peluh masam mengalir jer tapi muka tak masam. Dan kaki bersarung lekat macam macam?
Saya harungi semua itu sebab itu PERINTAH ALLAH TAALA. Yakni menutup keseluruhan tubuh dan cuma di kalangan ipar duai anak sedara yang sedarah dengan suami @ saya, muka tidak dihijab.
Kadang kadang menyorok di bawah meja dek kepanasan bumbung tapi nak buat macamana kan , isteri wajib mengikuti suami nya ke mana saja hatta ke lembah berapi…ater kan lautan api sanggup direnangi.. demi cintaku pada mu..ke mana pun kau ku turuti…
Tudung pula mestilah yang labuh menutupi dada. Bukan jenis lilit tersembul dada. Bahaya oooi dah le abang ipar belum kawen .
Sebenarnya memang sukar menjaga aurat sesama ipar duai apalagi di rumah mertua tetapi hukum ALLAH TAALA WAJIB DIBERATKAN TANDA KETAATAN SEORANG HAMBA.
Ramai yang bertudung rambut tetapi berpakaian tidak sempurna menutup aurat.
Bertudung bawal jarang. Pendek pula. Buah dada tak sepenuhnya ditutup. Nanti jika komen macam En Azrul komen Tudung YB Izzah, ramai pula kecam kan.
Bab sarung kaki. Tumit retak seribu pun wajib tutup. Apa hikmahnya hanya ALLAH TAALA yang tahu. Ye lah kan…dah le retak, hitam pula di celah retak…tu pun wajib tutup.
Baju pula . T shirt tangan pendek. Kadang dengan slack @ jeans. Kepala je bertudung…aisey man. Belum menutup aurat. Urat masih clear.
So apa solusinya?
ILMU DAN AMAL.
Yang beramal dengan ilmunya TIDAK AKAN MERASA RIMAS. Malah tidak merungut. Lantaran menyintai ALLAH TAALA.
Jika kalian rasa sukar. Mai saya share kisah saya.
Bila giliran raya di rumah mertua. Rumah kecil berbalik satu. Rumah kampung tanpa siling atap zink.
Tiada kipas kecuali satu. Kenapa tak beli…biarlah rahsia..nanti kurang pahala puasa?
Tiada bilik tidur. Dan saya hanya boleh buka tudung, sarung kaki bila malam selepas isya’ . Tidur sebalik tirai cadar saja. Dengkuran bersahutan.
Tak terfikir nak tidur di hotel kerana hati ibu mertua itu memiliki redho ALLAH TAALA.
Macamana panas pun diharungi. Kerana saya tidak mahu ASBAB saya, suami hilang redho seorang ibu..
So isteri isteri muda. Bersabarlah. Aurat kita, kita anggap sebagai jihad. Sementara saja panas dan rimas, bukan berbulan bertahun macam segelintir isteri yang serumah mertua.
INSYA ALLAH lakukan kerana ALLAH TAALA ganjaranNya amat besar.
Dan kesan saya di rumah mertua tiada bilik, saya berazam, menantu saya wajib ada bilik tidur walaupun kecil.
MasyaALLAH memang azam menjadi kenyataan. Diberikan saya peluang membina bilik dan ruangan khas serta tandas khas.
Malah bukan saja bilik tetapi MASJID KHAS RUANGAN MUSLIMAT hanya beberapa langkah dari pintu rumah.
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
Jika persediaan sebegini pun untuk menantu menantu perempuan saya dan mereka memberikan alasan tidak boleh berlamaan di rumah saya , maka sedarlah saya bahawa saya gagal mendidik anak2 lelaki saya untuk memuliakan ibu melebihi isteri.
Well…setakat ini baru seorang menantu. Masih under control. Belum tahu lagi 3 menantu @ 12 menantu saya ( 1 x 4 menantu…haha)
Yang paling nyata, di penghujung usia saya, telah saya sediakan ruangan masjid untuk saya ittikaf agar saya tidak lagi memikirkan urusan aurat menantu sesama ipar duai.
Telah saya didik anak2 bab iktilat pergaulan sesama ipar duai dan tidak perlu lagi memikirkan ” kenapa dan mengapa ramai wanita ke neraka asbab Aurat!
Salam sayang dari Madinah al munawwarah
8.30am 16 ramadhan 1439h
annurulhadi.com peneraju JIWA YANG TENANG
Terima kasih ustazah share story. Cerita saya lebih kurang dengan cerita ustazah. Insya Allah, saya berazam nak tutup full di rumah mertua walaupun saya kuat berpeluh.