DEBARAN DAN KERISAUAN PARA IBU YANG BAKAL BERSALIN
Minggu lepas Pn Nor Nadra bertanya cara meminum KD SELUSUH dan bagaimana nak spray.Sebelum tu beliau telah membeli set KD SELUSUH dan tadi saya bertanya pengalaman meminum KD SELUSUH.
Katanya “Adik minum. Alhamdulillah sakit sekejap saja.
Kiranya mudah pada yang sebelum ni.
Bayi pun kuning tak teruk. Adik saya spray AURA KD kat badan bayi”
Alhamdulillah Ustazah dah melepasi DEBARAN & KERISAUAN saat nak bersalin.
Nak dapat anak memang seronok tetapi memikirkan akan sakit memang suspen.
Bila cukup matang kehamilan, setiap saat menanti KESAKITAN. Kuasa ALLAH TAALA jika bersalin normal wajib sakit.
Maha Pengampun Dia Tuhan Maha Penyayang, kesakitan itu dibalas dengan ganjaran pahala hingga jika meninggal akibat komplikasi bersalin mendapat ganjaran pahala mati syahid.
Terkenang bersalinkan Muaz. Turun tanda air jam 8.30am. Pergi klinik kesihatan, bidan suruh segera ke Klinik Bersalin Aishah di Sungai Petani.
Yang kelakar pun ada. Geram pun ya bila mengenang kembali .
Pertama
Saya ke Klinik Bersalin berseorangan naik teksi.
Pemandu teksi bertanya:
“Nak ke mana?”
“Klinik Bersalin Aishah”
Dia bertanya lagi:
” Siapa nak bersalin?”
“Saya”?
Raut muka dia berubah
” Mana suami?”
” Dia ikut dengan motorsikal”?
Haish…memang kami berdua ni tak terfikir kot kot le bersalin dalam teksi.
Memang masa tu saya seorang isteri yang patuh dan menerima arahan dan saranan suami?
Kedua
Saya dimasukkan ke bilik bersalin. Ada 3 orang pesakit lain.
Mereka ditemani KELUARGA. Ada suami, bapa dan mak. Meriah le.
Saya dari pagi saja bersarapan. Saya tengok pesakit lain makan minum. Saya ingat saya tidak dibenarkan makan apa apa.
Klinik tu juga tidak menyediakan makanan maka saya telan je lah kelaparan.
Bayangkan sehingga jam 4.30 pm bersalin, saya tak makan apa pun. AIR pun tak ada.
Lapar dan haus tau tapi ingat tak boleh makan minum? dan jika lapar pun , siapa nak beli? Suami saya GHOIB. Katanya membaca Yaseen berkali kali. Macam susah je nak percaya kan? ?
Dia punya patuh. Hantar isteri tak jenguk jenguk dah.
Masa tu saya tengok pesakit lain tu minum AIR SELUSUH. Saya tak pernah tahu pun bahawa nak bersalin jika nak cepat dan kurangkan kesakitan, minum air SELUSUH.
Patutlah mereka cepat je bersalin walaupun anak sulong.
Masuk 2 jam je dah bersalin. Saya dari pagi sampai jam 3pm, Dr kena suntik “induce” ( ntah le betul ke tak sebutan)
Bila sudah disuntik barulah menggelodak perut dan melahirkan Muhammad Abdullah Muaz tepat ketika Masjid di depan klinik melaungkan azan Asar.
Alhamdulillah maqbul doa saya yang sentiasa berdoa agar perkataan pertama anak saya dengar adalah ALLAHU AKBAR.
Dan geram pula bila Dr Aishah yang menyambutnya dan sewaktu menyerahkan kepada saya bertanya
“Betul ke ni anak Syahida? Awat jauh beza kulit dengan mak?
Terpaksalah menjawab
“Bapa dia dan keturunannya putih putih”
Hampa rasa kejam tak soalan Tu????
November ni Muaz yang dulu putih gebu bakal menjadi ayah InsyaAllah.
Jangan Dr tanya pula ” betul ke anak ni?”
Dan Muaz terpaksa menjawab
” Oh! Anak saya ikut kulit ummi saya yang hitam manis hitam manis , pandang tak jemu pandang tak jemu?”
Dan debaran menanti cucu ni, saya akan stand by KD SELUSUH. Agar menantu saya dimudahkan dan dipercepatkan tempoh bersalin seperti pengguna pengguna produk annurulhadi.com.
Dan saya berpesan, CALET KD SPEECHLESS SCENT DAN SPRAY AURA KD di perut agar bayi minima tempoh kuning.
Ada ramai ibu ibu bagitahu, bayi mereka BEBAS KUNING dengan menggunakan KD SPEECHLESS SCENT DAN AURA KD.
Pelik kan, haruman pun diizinkanNya merawat bayi kuning akibat susu ibu.
Tapi tiada yang mustahil kan.
Allah Maha Kuasa.
Yang penting ibu dan bayi dalam kandungan hingga selamanya tiada STRESS asbab istiqamah menggunakan produk ANNURULHADI.
BaarakAllahufikum