#Doa Orang Lain Untuk Kita
Sesungguhnya kita mendapat banyak kebaikan bukan kerana kita layak mendapat kebaikan itu tetapi kerana #Doa orang lain untuk kita.
Dulu masa saya masuk wad Covid. Saya dapat banyak doa² daripada sahabat, rakan malah daripada orang yang saya pun tak kenal tetapi dia nak mendoakan saya.
Sama juga ketika ini saya berada di Haramain atas doa orang lain. Saya cukup yakin ada satu atau lebih doa yang mendoakan saya untuk menziarahi Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan tawaf Baitullah.
Dan keyakinan ini nyata kerana setiap jemaah yang membaca kitab selawat teragung Dalailul Khairat yang saya menjadi orang pertama yang mengajak mereka membacanya, saya pasti mendapat imbuhan ganjaran Nya.
Di dalam kitab Dalail ada terdapat doa untuk menziarahi Makkah dan Madinah. Dan setiap yang membaca doa itu, saya mendapat nya. Alhamdulillah.
Dan kini saya mengharapkan doa yang dibacakan untuk KEKAL TINGGAL DI MAKKAH DAN MADINAH SEHINGGA MATI.
Ya Rabb
Makbulkan lah doa jemaah ku untuk kami semua mati di salah satu bumi barkah.
Aameen
Siapa nak dapat doa macam saya?
Jom join grup membaca kitab Dalailul Khairat