22Oct 2018
Eh, tadi ada mengumpat ke?
Semalam bersembang dengan ANGAH kisah kisah di RIBATH ANNUR.
Ada seorang pelajar Syria. Dia berumur 15 tahun.
Jika habis sembang dengan kawan kawan, dia akan bertanya:
“EH! TADI ANA ADA MENGUMPAT KE?”
Dan dia ISTIGFAR.
Kenapa dia berakhlak begitu?
Angah bercerita pula hal ayah pelajar tu.Angah hanya tahu hal ayah dia saja.
Ayah dia bersifat tawadhuk. Merendah diri dengan semua. Hingga tidak suka komplen macam saya?
Sheikh tu boleh berdiri dalam panas berjam-jam di luar masjid tanpa komplen atau berebut nak masuk masjid.
Oh!…kisah ini membuatkan saya muhasabah diri…terlalu banyak komplen dan mengumpat???
Dan saya suami isteri kena mengubah diri jika mahu anak-anak berakhlak baik.
Ya Allah kurniakan kami akhlak yang baik.