Hikmah Pada Kisah-Kisah Tersebut
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Maka kisah² ini dan seumpamanya, itu adalah gambaran mujahadahnya
( kesungguhan pengorbanan) para solihin dan penentangan mereka terhadap syaitan.
Ketika mereka dibisikkan syaitan, mereka bertarung sengit melawan syaitan.
Maka kisah² itu mempunyai 3 hikmah:
Hikmah pertama:
Kamu pasti akan mengetahui bahawa rezeqi itu tidak akan terlewat daripada orang yang dtaqdirkan mendapat rezeqi itu. ( walaupun dia di tengah² padang pasir sekali pun, jika ada taqdir rezeqi nya, dia pasti dapat walaupun tiada sebab musabab sumber rezeqi )
Hikmah kedua:
Kamu akan mengetahui bahawa urusan rezeqi itu dan tawakkal ini sangat² penting.
Dan syaitan itu akan membisikkan dan akan menggoda dengan bersungguh sungguh.
( sehingga ramai terjerumus ke dalam perkara haram ketika mencari rezeqi)
Paling tidak syaitan akan membisikkan keraguan kepada hati hingga hilang keyakinan kepada ALLAH TAALA.
Sehingga para imam yang zuhud, wali² pilihan Allah Taala juga tidak luput daripada was² , bisikan² itu.
Dan sungguh! Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menggoda mereka, meski pun mereka telah lama melatih diri mereka bermujahadah yang begitu banyak.
Syaitan tidak akan memilih bulu. Semua umat Islam akan dia goda tanpa putus asa. Sehingga mereka harus menolak bisikan Syaitan dengan cara² seperti kisah di atas.
Maka Demi Umur ku!
Sesungguhnya orang yang berjuang melawan nafsu dan syaitan selama 70 tahun , itu pun tidak boleh merasa aman daripada bisikan² Syaitan, maka bagaimana pula bagi orang yang baru memulai ibadah?
Bagaimana pula kita ini orang yang lalai dan tidak bersungguh sungguh ibadah dan tidak mampu untuk menahan walaupun satu jam beribadah?
Seandainya syaitan berhasil menggoda kita, maka nafsu dan syaitan akan mentertawakan dan mempermalukan nya dan menghancurkan nya sebagaimana kehancuran orang² yang lalai yang terpedaya.
Hikmah ketiga:
Agar kamu tahu bahawa tawakal itu tidak akan sempurna kecuali dengan kesungguhan dan dengan mujahadah perngorbanan yang tinggi.
Perlu menyingkirkan pelbagai bisikan syaitan dan nafsu yang menghasut untuk menghancurkan tawakkal kepada ALLAH TAALA
Mereka ( salafus soleh) itu sama seperti kamu , manusia yang sama berdarah merah, hidup seperti kamu, ada tubuh dan ruh bahkan mereka itu lebih kurus badannya daripada kalian dan lebih lemah tenaganya daripada kalian dan lebih kecil tulangnya daripada kalian.
Akan tetapi mereka mempunyai kekuatan ilmu ( yang boleh membezakan lintasan iblis dan nafsu), mereka mempunyai cahaya keyakinan dan mempunyai semangat dalam urusan agama sehingga mereka kuat bermujahadah.
Maka lihatlah diri kamu, moga² Allah merahmati kami dan kamu.
Dan ubati lah hati mu daripada penyakit yang rumit ini ( masalah tidak tawakkal tentang rezeqi), insyaAllah moga² kamu berjaya.