Ikhlas ialah sifat hati
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
وَقَالُوا قُلُوبُنَا غُلْفٌ ۚ بَلْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَقَلِيلًا مَا يُؤْمِنُونَ
Dan mereka berkata: “Hati kami tertutup” Tetapi sebenarnya Allah telah mengutuk mereka karena keingkaran mereka; maka sedikit sekali mereka yang beriman. (2 : 88)
Huraian ringkas
(Dan mereka berkata) kepada nabi untuk berolok-olok, (“Hati kami tertutup”) yang bererti dibungkus tertutup rapat, sehingga tidak dapat mendengar apa yang dikatakan orang. Firman Allah Taala, menegaskan kenyataan sebenarnya (Allah telah mengutuk mereka) menjauhkan mereka dari rahmat-Nya dengan menolak permohonan mereka sehingga mereka menjadi putus asa (disebabkan kekafiran mereka) jadi bukanlah kerana cacat pada hati mereka, (maka hanya sedikit sekali mereka yang beriman). Dan menunjukkan teramat sedikitnya mereka yang beriman.
Pengajaran yang boleh diambil
(1) Ayat ini menyatakan sifat bani israil yang tidak mahu beriman. Hati mereka tertutup, mereka tidak berhajat (tak berkeinginan pun)dengan rasul. Hati mereka ditutup dari mendengar kata-kata rasul.
(2)Hati kalau tertutup:
• baca al quran pun tak masuk,
• dengar khutbah pun tak rasa apa dan
• nasihat² yang disampaikan pun tidak mahu terima.
(3) Pentingnya hati terbuka untuk menerima nasihat agama.Kehidupan kita dimulakan dengan niat yang ikhlas dan ditutup dengan taubat.
(4) Ikhlas adalah sifat hati. Hati kena ikhlas kerana Allah, niat yang baik dan perbuatan kena baik.
(5) Perbuatan boleh menjadi ibadah dengan niat yang baik.
(6) Niat ialah perbuatan hati, kalau hati elok niat akan elok.
(7) Nak bagi hati terang kena kawal mata kerana hati boleh kenal benda baik dan benci benda buruk.
(8) Pastikan mata, telinga dan hati mengundang apa yang Allah suka dan benci apa yang Allah benci.
(9) Allah jadikan hati dengan iman, cantik terhias dengan iman, benci kepada kekufuran, amalan yang kufur, benda fasik, dosa dan tidak suka pada maksiat.
(10) Allah melaknat bani israel kerana keingkaran mereka. Kerana sikap tak ikhlas mereka.
Kesimpulannya jangan kita menuruti sifat² bani israel yang terang² menolak hidayah Allah kerana sifat sombong dan ingkar mereka.
Cantikkan hati barulah cantiknya akhlak.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Tuan Guru Syeikh Aminuddin Abd Rahim
Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq-MABAS
Tadabbur Al Quran