isu remaja 11 tahun kahwin muda
BERNIKAH DI USIA MUDA.
Ini komen saya ketika saya membaca kisah si dara sunti sebelas tahun bernikah dengan umur 40an.
Pertama
Dari pembacaan seolah anak dara itu galang ganti “hutang” mungkin juga sebagai membalas budi dek kesempitan hidup.
Tapi ini hanya tekaan bukan jawapan tepat. Alah…makcik bawang kan suka meneka dalam kesamaran?
.
.
Kedua
Menjadi isu sebab umur 11tahun vs 40 tahun.
Pertama pandangan sebagai ibu.
Saya sebagai ibu. Jika anak gadis saya MEMANG BERKEINGINAN UNTUK BERKAHWIN, maka saya akan meredhoinya dengan beberapa syarat ketat wajib dipatuhi.
Umur 11 tahun kini bukan lagi seperti umur saya 11 tahun . Saya ingat lagi semasa berumur 11 tahun, rakan sedarjah menghantar kad raya dan menulis
” I love u” dan saya mengoyak kad raya itu kerana saya tiada rasa sayang mayang. Matlamat saya belajar nak jadi pandai nak jadi doktor. .Haha
Dan lawaknya KASIH YANG SAYA TOLAK daripada rakan sedarjah yang berumur 11 tahun tu rupa nya dibawa hingga ke tua.
.
.
Tahun lepas mak saya bagitahu adik
” Ida tu dulu DO Az*** berkenan tapi dia tak mau”
Adik pula berkata
” Awat lah tak mau..DO tu tanah senang dapat.”
Ni dah umur hampir 50. Sang pemuja umur 11tahun masih bercerita hal itu kepada sepupu saya. Lawak tapi wah! Aku dipuja lagi ..hahaha
Ok..jikalah semasa umur 11 tahun tu, saya turut menggatal menerima cinta itu, agak2 saya ni dikata apa? Tak padan kecik , penilaian darjah lima belum ambil dah gatai bercinta!
Itu kisah tahun 1979!
Kini 2018!
ANAK umur 11tahun masih ala2 saya ke @ semakin advance?
Ok ni kisah benar. Sebagai kaunselor tidak bertauliah, saya dirujuk hal gadis umur 11 tahun. Ibunya terjumpa diarinya menulis tentang seorang rakan sedarjah.
” Aku benci kau Arif. Aku senyum kau tak peduli tapi jika si Syasya senyum kau layan”
” Belajar rajin rajin sayang, demi masa depan anak anak kita!”
Saya nasihatkan ibu itu TUKAR SEKOLAH anaknya . Hantar ke sekolah agama 100% perempuan.
Gila ke cadangan saya? Ya mungkin gila. Sebagai orang tua , saya dah tahu anak gadisnya mulai menaruh cinta dan akan sanggup merebut cinta sang teruna!
Saya bagitahu ibunya.
Nak biarkan api mancis menjadi api @ memadamkan mancis ?
Ibunya memilih padam. Mengambil sikap negatif sebelum perkara negatif berlaku . 11 tahun hormon GALAK sedang bergelora.
Tahun lepas ibunya bagitahu, si gadisnya menyukai pula anak ustazahnya! Sanggup pm si teruna.. Dan sekali lagi saya menyuruh ” tukar sekolahnya” dan tunggu umurnya layak kawen maka kawen kan dia
.
.
Perlukah kawen muda?
Kawan saya dulu kawen sebaik habis SRP. Elok je perkahwinannya. JIRAN saya almarhum Kak Nah kawen umur 11 tahun. Suaminya 18 tahun.
Masa tu kata mak saya, tiap hari Kak Nah main teng teng dengan adik iparnya. Suami dia lapar dia tak peduli. Hingga suaminya mengamuk, balik rumah isteri duk main lompat2 tak memasak?
al fatihah buat mereka suami isteri.
.
.
Ok berbalik kes remaja tadi.
Jika dia memang TIDAK BERMINAT BELAJAR TETAPI MAHU BERKAHWIN dan suaminya mampu bertanggungjawab ke atasnya, maka restuilah perkahwinan itu
Soal perbezaan umur itu no 2.
Pelajar saya berumur 42 dan suaminya 76. Agak2 berapa perbezaan umur mereka!
So bagi saya , jika masing2 saling berkehendak maka kahwinkanlah. Kita orang luar, tidak tahu apa di sebalik sebelum perkahwinan.
Jika akan berlaku kepada anak kita?
Ya jika anak kita? Nak kahwin kan ke?
Jika yang meminang itu seorang yang bertaqwa dan ahlul bayt, saya pun akan solat istikharah dan takut kerugian untuk menolak jika anak saya menyukai.
Bagi saya simple, rujuk ALLAH TAALA terlebih dahulu. Mesyuarat dengan alim ulama. Minta pandangan mereka. Dan saya yakin hasilnya terbaik.
Ada lagi tau.
Semasa saya kecil. Rakan sepermainan saya berumur 6 7 tahun macam tu mengadu
” tiap hari abang dan jiran depan rumah, tindih badan dia!
Tu kisah 1970an tau!
Agak2 budak sekarang?
So please. Yang perlu kita bicarakan adalah perzinaan yang berleluasa. Pasangan berzina zaman 70an kini dah nak jadi nenek tau!
Jika dulu mereka mula berzina seusia 7 8 9 tahun, adakah anak dan cucu mereka umur 7 8 9 jauh ke belakang?
Koleksi cerita masyarakat banyak dalam poket dan semuanya makin menakutkan. Yang mak bapa tahu, anak pandai hantar sekolah berasrama penuh dan mak bapa terlupa…di situ….jika disebut memalukan keturunan! Berapa ramai kes berzina di sekolah2 yang disembunyikan . Dan adakah mak bapa yang dipanggil mengadap kaunselor kerana anak menggatal, berkhalwat, berzina itu mahu mengahwinkan anak mereka jika yang meminang lelaki berumur 40an ? Tapi kan , jika lelaki itu kaya raya macamna?
Jagalah diri dan keluarga daripada api neraka yang bahan bakarnya batu dan manusia!
Maaf sekadar pandangan