Jiwa Yang Bersedih.
بسم الله الرحمن الرحيم
رمضان كريم
مشاء الله، الحمد لله
Dapat lagi mengucapkan Ramadhan Kareem. Seronoknya masih dalam Ramadhan, dapat menambah kebaikan dan menghapuskan dosa. Aameen.
Namun saya tahu, saat ini ada jiwa yang bersedih, pilu, kecewa dengan orang² tersayang. Ada yang pedih hati nya kerana sikap pilih kasih suami, iya suami yang boleh belanja untuk adik beradiknya , sedangkan untuk isterinya diabaikan.
Ada ibu yang mengalir air mata dengan anak menantunya. Yang lebih kecewa anak sendiri lebih suka ke rumah mertuanya.
Ada nenek yang merindui cucu² nya tetapi cucu² tidak pun peduli .
Macam² lah. Bila mana kita mengharapkan insan² yang kita sayangi akan menyayangi kita juga , kadang² kita akan kecewa.
Apa yang puan² lalui, saya juga pernah melaluinya. Saya juga pernah mengalir airmata bukan di pipi tetapi di dalam hati. Tapi itu dulu.
Kini tidak lagi menangis kecuali untuk seseorang yang benar² menyayangi saya. Seseorang yang tiada tandingan kasih sayangnya.
Kenapa dulu saya bersedih, kecewa, pedih melayan hati? Kerana saya sendiri melakukan kesilapan besar. Saya menyayangi mereka atas sebab saya merasa saya wajib disayangi. Maka kasih sayang itu tidak berbalas.
Kini saya sedar, jangan biarkan hati terasa, tertekan, sedih, pilu dengan orang² yang kita sayang.
Kenapa kita kena ujian kasih sayang?
Kerana kita sendiri tidak menyintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم, kita malas membaca selawat apalagi nak ambil masa membaca kitab selawat teragung Dalailul Khairat.
Maka jika nak dapat pandangan kasih sayang Allah dan Rasul-Nya, perbanyakkan berselawat, insyaAllah akan disayang makhluk Allah yg lain.
Jika puan² nak menikmati ketenangan hati, tidak lagi terasa hati, kecewa dan merasa pelukan kasih sayang makhluk-Nya, ikutlah perintah Allah Taala, BERSELAWAT.
Jom baca kitab selawat Dalailul Khairat, dengan bimbingan membaca dan ijazah bersanad, insyaAllah puan² akan mendapat pandangan Allah Taala dan bila mendapat pandangan Allah Taala, airmata hanya untuk sebuah kerinduan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Jom ikut grup bimbingan membaca Dalailul Khairat bersama Utzh Syahida Said.