Kenapa Perlu Pasrah (sambungan)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan apabila kamu serahkan urusan mu kepada ALLAH TAALA dan kamu meminta kepada ALLAH TAALA agar memilihkan yang terbaik untuk mu, maka secara pasti kamu tidak akan mendapatkan kecuali kebaikan.
Allah Taala berfirman, menceritakan tentang hambaNya yang soleh.
al Ghofir 44
Ghafir 40:44
وَأُفَوِّضُ أَمْرِىٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرٌۢ بِٱلْعِبَادِ
“dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.
Ghafir 40:45
فَوَقَىٰهُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِ مَا مَكَرُوا۟ۖ وَحَاقَ بِـَٔالِ فِرْعَوْنَ سُوٓءُ ٱلْعَذَابِ
(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya,
Bukankah kamu telah lihat bahawa hasil pasrah kepada Allah Taala adalah ALLAH TAALA telah menghindarkan daripada kejahatan dan keburukan.
Dan Nabi Musa as mendapat pertolongan untuk mengalahkan musuh dan tujuannya tercapai tanpa dia harus memikirkan caranya mengalahkan musuhnya.