Perkara kedua kenapa perlu pasrah.
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Perkara kedua kenapa perlu pasrah.
Apabila kita pasrah, kita akan dapat kebaikan di masa akan datang, kerana tidak tahu apakah hasilnya baik atau buruk.
( Sesuatu yang dipasrahkan kepada ALLAH TAALA, hasilnya pasti baik)
Maka berapa banyak, perkara yang kelihatan baik tetapi ternyata buruk.
Dan berapa banyak, perkara yang kelihatan buruk tetapi ternyata baik.
Dan berapa banyak racun yang berbentuk seperti madu yang ternyata hakikatnya meracuni kita.
Dan sedang kan kamu itu jahil dan bodoh , tidak ketahui apa yang akan datang, rahsia² nya sesuatu itu.
Neraka itu Allah hiasi dengan syahwat , dibalut dengan zina, arak, judi, riba, mencuri, mengumpat dll hingga orang merasa gembira melakukan maksiat hingga akhirnya diazab.
Syurga pula Allah balut dengan sedeqah, zakat, solat, puasa dll yang tidak menggembirakan hati namun hasilnya mendapat kebahagiaan masuk Syurga.
Apabila kamu memutuskan suatu perkara tanpa pasrah kepada ALLAH TAALA, merasa kita mampu melakukan tanpa PERTOLONGAN ALLAH TAALA, merasa diri yang hebat, maka jika kamu seperti itu, alangkah cepat nya kamu jatuh ke dalam kebinasaan, sedangkan kamu sedang lalai.
Ini menunjukkan bahawa manusia tidak mampu memilih kebaikan untuk dirinya sendiri tetapi hanya Allah yang boleh menentukan kebaikan untuknya, Dia zat yang maha penyayang.
Dan telah dikisahkan, ada seorang ahli ibadah, meminta kepada ALLAH TAALA agar boleh melihat Iblis.
Maka dikatakan kepada nya, ” mintalah keselamatan kepada ALLAH TAALA. ”
Tetapi dia tetap ingin juga melihat iblis. Maka Allah menampakkan iblis kepadanya.
Ketika dia melihat iblis, dia pun terus mahu memukul iblis.
Maka Iblis berkata kepadanya:
” Jika bukan kerana engkau itu hidup 100 tahun, pasti aku akan binasakan kamu.
Maka abid itu pun terpedaya dengan pujian Iblis dan dia berkata dalam hatinya:
” Eh! umurku masih panjang, maka aku akan buat apa saja keinginan ku dan nanti aku bertaubat ”
Lalu dia terjerumus ke dalam kemaksiatan dan meninggalkan ibadahnya sehingga dia hancur.
Asbab engkar perintah Allah , dia tertipu dengan angkara iblis.
Oleh itu, tidak perlu kita berdoa minta kaya atau miskin kerana kita tidak tahu, apakah mampu bersyukur ketika kaya dan bersabar ketika miskin.
Maka kisah ini menjadi pelajaran, peringatan bagi mu agar kita tidak memaksa, menurut apa kehendak kita dan memberi peringatan kepada kamu untuk tidak panjang² angan kerana itu adalah musibah, bencana yang besar.
Sungguh benar Abdullah bin Mukhtaz, bersyair:
Wahai diri ku! Jika kamu redho dengan makanan asas ala kadarnya, kamu akan menjadi orang yang merdeka selamanya.
Dan hindarilah ketamakan dan angan² . Maka berapa banyak angan² yang menyebabkan, mendatangkan kematian mengejut.