Rintangan Kekhuatiran, Keraguan Dalam Ibadah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Point kelima dalam Minhajul Abidin berkaitan:
1. RINTANGAN MENCARI REZEQI
2. RINTANGAN KEKHUATIRAN , KERAGUAN DALAM IBADAH.
RINTANGAN KEKHUATIRAN, KERAGUAN DALAM IBADAH
Bagaimana mengatasi gangguan fikiran itu?
Maka untuk mengatasinya adalah dengan PASRAH. Yakni menyerahkan segalanya kepada ALLAH TAALA.
(manakala TAWAKKAL menyandarkan hati kepada ALLAH TAALA )
Dia lebih khuatir kepada nasib nya di masa depan. Memikirkan pelbagai hal yang akan datang berkaitan hal² dirinya sendiri.
Contoh : Kerisauan hati bila dia mengajak kebaikan tetapi akan dipulaukan orang maka dia mendiamkan diri tak mahu berdakwah.
Maka cara mengatasinya dengan serah pasrah kepada ALLAH TAALA. Hadapi segala nya dan tidak risau.
…
Kenapa perlu PASRAH KEPADA ALLAH?
Ianya kerana 2 perkara.
Perkara pertama:
Jika kamu pasrah kpd Allah Taala, maka akan mendapatkan ketenangan hati ketika itu juga.
Kerana urusan² itu yang akan kita hadapi itu belum jelas sepenuhnya, tidak diketahui baik atau buruknya.
Maka ketika urusan yang tidak jelas, masih samar² baik buruknya , maka membuatkan hati mu itu gelisah, cemas, bingung, tidak tahu dapat kebaikan atau keburukan, akan tetapi bila kamu pasrahkan kepada ALLAH TAALA, maka kamu akan dapati hati mu akan TENANG. Dan yang akan kamu dapatkan adalah kebaikan saja.
Maka ketenangan hati ini dan merasa aman hatinya dan hatinya yang beristirehat , hati yang lapang semua itu adalah keuntungan yang sangat besar.
Kata imam asSyafei rahimahullahu taala:
Bukanlah kaya itu kaya dengan harta, akan tetapi kaya itu kekayaan hati ( merasa tenang, lapang, tidak tergantung kepada makhluk )
Dan kata guru kami ( guru imam Ghazali rahimahullahu taala ) sering mengatakan di majlis² nya berkata:
“Biarlah urusan mengatur² ini menjadi urusan pencipta mu, kamu akan berehat.”
Dan beliau bersyair:
” Orang yang tidak tahu kebaikan itu ada pada sesuatu yang dia sukai atau dia benci, maka sewajarnya dia menyerahkan sesuatu yang dia lemah ( tidak tahu ) kepada zat yang maha mengetahui, Tuhan yang maha baik, yang lebih penyayang kepada nya melebihi kasih sayang ibu bapa nya “