Rezeki Yang Dijamin (sambungan)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan apabila dikatakan:
” Bukankah Nabi saw, para sahabat dan para salafussoleh, mereka membawa bekal?”
Maka katakan kepada dia:
” Tidak ada dosa, tiada masalah hal itu. Bekal itu mubah bukan haram.
Sesungguhnya yang haram itu adalah ketergantungan hati kepada bekal.
Dan meninggalkan tidak bertawakkal kepada ALLAH TAALA.
Maka fahami lah itu.
Kemudian, bagaimana persangkaan mu terhadap Rasulullah saw, ketika ALLAH TAALA firman kan
” Al-Furqan 25:58
وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱلْحَىِّ ٱلَّذِى لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِۦۚ وَكَفَىٰ بِهِۦ بِذُنُوبِ عِبَادِهِۦ خَبِيرًا
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
****
Membawa bekal itu bukan menafikan ketawakkalan Rasulullah saw tetapi ianya hanya perkara mubah saja.
Apakah kamu menyangka ketika ALLAH TAALA turunkan ayat itu dan Rasulullah saw menentang ayat itu dan Nabi saw menggantungkan hatinya dengan makanan, atau minuman atau dinar?
Sekali kali tidak! Tiada akan pernah terjadi seperti itu. Dan tidak mungkin Rasulullah saw bermaksiat kerana membawa bekal.
Bahkan hati nya Rasulullah saw bersama ALLAH. Dan tawakkal nya Rasulullah saw kepada ALLAH TAALA.
Kerana Rasulullah saw tidak melirik langsung kepada dunia. Dan Nabi saw tidak menghulurkan tangan nya yang mulia untuk menikmati dunia.
Pada hal kunci² simpanan kekayaan dunia ada di tangan RASULULLAH saw.
Lalu bagaimana kita boleh menafsirkan hal membawa bekal itu?
Yang perlu ada dalam pemikiran kita adalah Nabi saw dan salafussoleh mengambil bekal adalah kerana niat² yang baik.( ingin membantu orang lain)
Bukan kerana hati mereka condong dari Allah kepada bekal.
Maka yang dijadikan keutamaan adalah NIAT baik Rasulullah saw dan mereka yang lain bukan soal membawa bekal.
Ayuh! Bangunlah kamu dari tidur.
Dan apabila kamu tanyakan:
“Mana yang lebih afdhol, membawa bekal atau tidak ?”
Maka ketahuilah bahawa ianya tergantung kepada situasi dan kondisi.
Kalau orang itu orang yang diikuti dan dia ingin menjelaskan bahawa membawa bekal itu mubah hukumnya atau dia ingin menolong orang muslim atau menolong orang yang amat memerlukan.
Jika keadaan niatnya seperti itu, maka membawa bekal itu lebih afdhol.
Jika dia orang biasa², bukan yang diteladani, bersendirian dan kuat pergantungan hatinya kepada ALLAH TAALA dan apabila dia membawa bekal itu akan menyibukkan diri nya dari ibadah kepada ALLAH TAALA, maka tidak membawa bekal itu lebih afdhal baginya.
Maka fahamilah betul² dan jaga lah pemahaman ini , dan Engkau akan terbimbing .
Moga Allah memberikan taufik