31Mar 2026
Carilah Dia..Kasih sayang Allah Azzawajalla
بسم الله الرحمن الرحيم
Sesungguhnya cara Allah Taala menghargai mu bukan semestinya dengan harta kekayaan tetapi lewat kesederhanaan hidup agar engkau sentiasa mengharap pertolongan Nya.
Bukan juga dengan kesihatan yang baik tetapi lewat kesakitan berpanjangan agar engkau sedar untuk memohon keampunan Nya.
Bukan juga dengan kejayaan kehidupan mu tetapi dengan kejatuhan mu agar engkau terus merayu kepada Nya.
Kasih sayang Allah Azzawajalla tidak pernah berkurang, tidak pernah jauh.
Carilah DIA lewat ujian kehidupan mu kerana DIA MAHA MENGETAHUI bahawa kita akan terlupa kewujudan Nya di saat kita sempurna.