Tinggalkan Maksiat
بسم الله الرحمن الرحيم
Sesungguhnya kita lebih mudah melakukan ibadah seperti solat, berzikir , baca AlQuran, berselawat, bersedekah, tetapi sukarnya meninggalkan maksiat.
Sebab itu kita wajib meminta pertolongan Allah Subhanahu wa taala agar kita tidak melakukan maksiat.
Lihat diri kita sendiri:
Solat menutup aurat, selepas selesai kembali membuka aurat, jika pakai tudung pun seperti berpakaian tetapi bertelanjang.
Malah ada wanita sudah tutup semua tetapi sengaja mempamerkan diri , bergambar dan dilihat lelaki ajnabi. Itu juga maksiat. Menutup tetapi mahu dilihat lelaki ajnabi.
Bab solat, kita mampu solat tetapi kita riyak. Kita update status done terawih, done puasa done sedekah,, done tu done ini. Konon niat nak menggalakkan orang lain buat juga tetapi sebenarnya kita sedang bermaksiat hati.
Maksiat memang susah nak tinggal. Apalagi dari HP macam² boleh tengok. Sedang baca AlQuran, selawat, eh eh tertengok dengan sengaja drama laki perempuan sedang berpeluk. Allahu Akbar
Sahabat fb,
Moga² hari ini kita berusaha dengan berdoa kepada Allah Subhanahu wa taala agar kita dipilih untuk membuat ibadah kebaikan.
Salah satu cara untuk cepat mendapat pertolongan Allah Subhanahu wa taala dan dibimbing ke jalan yang benar adalah melalui bacaan kitab Dalailul Khairat.
InsyaAllah barkah berselawat, kita akan malu untuk melakukan maksiat dan akan sedar dan segera bertaubat bila terlanjur bermaksiat seperti mengumpat yang sudah menjadi makanan harian.
Dari bumi Makkah al mukarramah, saya berdoa agar semua jemaah Dalailul Khairat yang meminta saya membimbing, dikurniakan Allah Subhanahu wa taala taufik dan hidayah untuk meninggalkan maksiat.
آمين يا رب العالمين
Khusus untuk muslimat, jom kita membaca kitab selawat teragung Dalailul Khairat dengan bimbingan dan berijazah sanad Utzh Syahida.
www.wasap.my/+60165447357/tinggal Maksiat
InsyaAllah
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين