Rezeqi Yang Dijamin (sambungan)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Jika kamu katakan:
” Bukan kah ALLAH TAALA telah berfirman:
Al-Baqarah 2:197
ٱلْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَٰتٌۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلْحَجِّۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ ٱللَّهُۗ وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰۚ وَٱتَّقُونِ يَٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
(Haji), maksudnya adalah waktu dan musimnya (beberapa bulan yang dimaklumi), yaitu Syawal, Zulkaidah dan 10 hari pertama bulan Zulhijah. Tetapi ada pula yang mengatakan seluruh bulan Zulhijah. (Maka barang siapa yang telah menetapkan niatnya) dalam dirinya (akan melakukan ibadah haji pada bulan-bulan itu) dengan mengihramkannya, (maka tidak boleh ia mencampuri istrinya), yakni bersetubuh (dan jangan berbuat kefasikan) berbuat maksiat (dan jangan berbantah-bantahan) atau terlibat dalam perbalahan. (sewaktu mengerjakan haji).
Menurut satu qiraat, dengan baris di atas dua hal yang pertama dan makna yang dimaksud adalah larangan mengerjakan tiga hal itu. (Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan) sedekah (pastilah diketahui oleh Allah) yang akan membalas kebaikan itu.
Ayat berikut ini diturunkan kepada penduduk Yaman yang pergi naik haji tanpa membawa bekal, sehingga mereka menjadi beban orang lain. (Dan berbekallah kamu) yang akan menyampaikan kamu ke tujuan perjalananmu (dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa), artinya yang dipergunakan manusia untuk menjaga dirinya agar tidak menjadi beban bagi orang lain dan sebagainya. (Dan bertakwalah kamu kepada-Ku, hai orang-orang yang berakal).
……
Dalil di atas suruh mempunyai bekalan haji.
Maka Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata:
Ada 2 pendapat dalil itu.
Pendapat pertama adalah perbekalan akhirat bukan bekal dunia.
Maka kerana itu Allah firmankan sebaik² bekal adalah TAQWA
dan ALLAH TAALA tidak berfirman Dan berbekal lah dengan bekal dunia.
Maka nanti akan berbeza hasilnya orang yang berbekal Taqwa dan berbekal dunia.
Kerana sandaran hati yang berbeza.
Orang yang berbekal Taqwa disandarkan kepada ALLAH TAALA.
Orang yang berbekal harta, sandaran hatinya dengan harta saja.
Pendapat kedua:
Dulu ada satu kaum dari Yaman , mereka tidak membawa bekal di dalam perjalanan haji, kerana bergantung kepada manusia. Dan mereka meminta² dan mereka memaksa ketika meminta. Hingga mengganggu manusia .
Maka mereka diperintahkan untuk ada perbekalan.
Maksudnya kamu membawa bekal itu lebih baik daripada kamu mengambil harta manusia dan bergantung kepada mereka.
Jika kamu katakan:
” Apakah orang yang bertawakkal itu membawa bekal dalam perjalanan atau pun tidak?”
Maka dijawab oleh Imam Ghazali rahimahullahu taala :
” Maka ketahuilah, dia boleh membawa bekal tetapi dia tidak menggantungkan hati nya kepada bekal.
Atau dia tidak merasa bahawa bekal itu pasti menjadi rezeqi nya.
Dan sesungguhnya dia hanya menggantungkan hatinya kepada ALLAH TAALA dan BERTAWAKKAL kepada Nya.
Maka kerana itu , sesungguhnya rezeqi yang telah dibagi Allah telah pun selesai di bahagikan baik untuk dia menikmati atau orang lain yang mendapatkannya.
Dan apabila ALLAH TAALA kehendaki, ALLAH TAALA akan membantu mu dengan bekal mu itu atau selainnya.
Boleh jadi bekal mu digunakan oleh mu atau tidak.
Dan permasalahannya ini bukan kepada membawa bekal atau tidak membawa bekal, tetapi sesungguhnya permasalahan itu ada di dalam hati.
( Maksudnya bagaimana hati mu)
Maka janganlah kamu menggantung hati mu kecuali kepada ALLAH TAALA dan bagaimana kecukupan daripada ALLAH TAALA dan jaminan daripada ALLAH TAALA.
Maka berapa ramai orang yang membawa bekal sedangkan hatinya bersama ALLAH TAALA.
Dan berapa ramai orang yang tidak membawa bekal tetapi hatinya bergantung kepada bekal.
Maka urusan membawa bekal atau tidak tergantung kepada hatinya.
Oleh itu fahami lah ini dan cukup bagi mu.