Rezeqi Yang Dijamin (sambungan)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Nabi saw bersabda:
” Seandainya salah seorang daripada kalian, lari dari rezeqi nya, pasti dia akan dikejar² oleh rezeqinya sepertimana orang yang lari kematian nya yang pasti akan dikejar kematiannya.
Dan apabila dikatakan:
“Setahu kami, orang yang mencari rezeqi akan mendapatkan harta juga, sedangkan yang tidak mencari, dia tidak mendapat apa²”
Maka, katakan kepadanya:
Sepertinya kamu tidak pernah melihat, orang mencari rezeqi tetapi tetap miskin dan di sisi lain, tidak sedikit juga, orang yang tidak mencari rezeqi lebih kaya, malah golongan ini lebih ramai.
Ini semua agar kamu tahu bahawa sesungguhnya itu adalah taqdir , kuasaNya zat yang maha mulia lagi maha mengetahui.
Dan Abu Bakr Muhammad B Sabiq asShiiqoli rahimahullahu taala bersyair kepada ku:
” Berapa banyak orang yang cergas, cergas di dalam pergerakannya , cerdas dalam pemikirannya tetapi rezeqinya berpaling daripada dia.
Dan berapa banyak orang yang lemah , lemah dalam pergerakannya , lemah dalam pemikirannya tetapi seakan akan dia menceduk rezeqinya dari lautan.
Ini merupakan bukti bahawa Allah Taala itu mempunyai rahsia tersendiri yang tidak akan mampu difahami sesiapa pun.
Jika kamu katakan:
” Apakah kita akan mengembara di padang pasir tanpa bekalan?
Tentu logik akal kita mengatakan perlu bekalan!
Maka ketahuilah bahawa jika kamu mempunyai keyakinan yang kuat kepada ALLAH TAALA dan kepercayaan yang tinggi dengan janji ALLAH TAALA, maka pergi lah tanpa bekal.
Akan tetapi jika kamu belum mencapai maqam itu, maka jadilah seperti orang awam yang membawa bekal.
Dan sungguh aku telah mendengar guru ku Imam Abu Ma’ali rahimahullahu taala berkata:
” Sesungguhnya orang yang bersikap ( memperlakukan ) Allah sebagaimana manusia pada umumnya, maka Allah pun akan bersikap kepada nya seperti sikap kepada manusia umumnya.
Barangsiapa yang mencari darjat yang tinggi tanpa ada pengorbanan, maka dia telah mencari dan menyia² kan waktu untuk sesuatu yang mustahil