Kesakitan bersalin .
Unik nya satu-satunya kesakitan yang para ibu tunggu malah semua orang tunggu adalah SAKIT BERSALIN.
Namun tiada ibu mahu sakit yang lama. Jika boleh nak sakit jer, terus ke dewan bersalin dan lahirkan bayi. Cewah…nak sekejap jer.
Saya pernah menikmati sakit bersalin yang singkat. Anak ketiga dan keempat.
Anak kedua orang tua-tua kata ” kembar air ” Berjam jam keluar air dari rahim dan HEBATNYA PENCIPTAAN ALLAH, air itu tidak berbau dan tidak pula mahu meresap di pad. Sekali keluar macam air banjir!?
Dan saya tak akan lupa momen indah melahirkan anak ketiga. Sakit jam 5.30am. Pergi klinik bersalin dan masuk waktu Subuh.
Saya solat Subuh dulu kerana wajib solat sebelum keluar keseluruhan bayi dari rahim. Tak berani qadho kerana MANA TAHU MATI TANPA SOLAT. NAYA DALAM KUBUR
Semasa Solat pergerakan bayi bagaikan dia turut sujud. Meluncur zupppp masuk ke laluan.
Selesai bagi salam terus ke bilik bersalin dan jururawat pun baru selesai Solat Subuh. Saya naik ke katil dan bertakbir ALLAHU AKBAR! Sekali meneran keluar kepala bayi. Tanpa kesakitan. SubhanAllah!
Lucunya, jururawat terpaksa menyambut bayi tanpa sempat betulkan tudung.?
Itu kenangan indah dan saya yang diberikan sedikit nikmat mudah bersalin pun rasa gembira apatah lagi pengguna KD AIR SELUSUH.
Ramai yang ALLAH TAALA pinjamkan nikmat mudah bersalin setelah minum KD AIR SELUSUH.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Terbaru perkongsian Pn Linda:
“Assalamualaikum…saya dah selamat melahirkan baby lelaki..alhamdulillah cepat bukaan cm. Saya cuma minum air selusuh 2 kali..sampai di hospital bukaan rahim dah 7cm..lebih kurang sejam selamat melahirkan..alhamdulillah baby selamat sihat..mohon doa utk saya sebab bleeding terlalu banyak td..sekarang masih dalam pemantauan..doakan saya sihat. InshaaAllah”
Seronok baca kisah2 pengalaman ibu bersalin yang TIDAK sakit berpanjangan. Rezeqi yang tidak ternilai.
Pernah ada seorang wanita memberitahu saya, ” Dulu makcik saya buatkan Air SELUSUH. 3hari menahan sakit tak keluar2. Saya serik dah”
Lalu seorang kawan pula berkata :
” Tentu tak sama air di doakan orang soleh dengan orang biasa “
Air Selusuh Annurulhadi dibacakan khas oleh beberapa orang soleh dan salah seorang daripada mereka , adalah ahli Quran. Hidupnya dihabiskan untuk membaca alQuran saja.
Pasti berbezakan doa orang soleh dan orang awam.
Apa pun yang terbaik hanya daripada izin ALLAH TAALA.
Wallahu a’lam