KIRAAN REL LANGSIR YANG TEPAT
Sebagai usahawan langsir, kita kena bijak mencadangkan kepada pelanggan paten yang sesuai menghiasi tingkap kediaman mereka.Dan ada kediaman yang tingkapnya hanya sebuah di ruang tamu. Kebanyakan rumah teres lot tengah atau pangsapuri, hanya bertingkap selebar 8 kaki atau pintu gelungsur yang tidak digunakan.
Maka saya akan mencadangkan paten Simply Blind dan Eyelet. Paten ini juga sesuai jika digayakan di bilik bertingkap kecil. Ianya akan menipu pandangan kerana ukuran rel dilebarkan walaupun tingkap hanya selebar 4 kaki.
Kedua-dua paten ini juga, upah membuatnya melebihi RM20 perkaki sedangkan paten ini begitu mudah dijahit. Namun ramai yang GAGAL menjahit dengan ketepatan ukuran kerana TIADA ILMU.
Jarak antara ring dan formula Eyelet wajib tepat agar lipatan tersusun kemas. Sayangnya ramai menebuk lubang ring tanpa ILMU.
Manakala Simply Blind pula, adalah teknik yang menjimatkan kain dan juga masa tukang jahit. Dalam 30 minit saja , akan siap sehelai Simply Blind dengan upah melebihi RM200++..mudah sungguh jika tahu teknik TEPAT DAN CEPAT.
Alhamdulillah ramai pelajar Kelas Langsir AL MUJAHID mengetahuinya.
Berminat nak belajar, hubungi +6013-440 0212 atau klik kelas langsir