20Feb 2023
KISAH² KELEBIHAN DALAILUL KHAIRAT
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
KISAH² KELEBIHAN DALAILUL KHAIRAT
******************************************
Pernah dengar kisah pengarang Dalailul Khairat? Pernah dengar kisah pengamal bacaan Dalailul Khairat?
DAN APAKAH KANDUNGAN DALAILUL KHAIRAT?
DALAILUL KHAIRAT ini mengandungi solawat² dan doa² khusus yang dikarang oleh al Imam Sulaiman al Jazuli rahimahullahu taala.
Biodata pengarang kitab Dalailul Khairat:
Nama nya Abu Muhammad bin Sulaiman as Syarif al Jazuli rahimahullahu taala. Berketurunan Nabi ﷺ dari jalur nasab Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Tholib ra.
Mendapat gelaran al Jazuli kerana dilahirkan di kampung bernama Jazulah @ Maghribi, Morocco.
Dilahirkan pada tahun 807 hijriah dan wafat pada tahun 870 hijriah ketika berusia 63 tahun.
Peristiwa yang paling masyhur yang menyebabkan kitab Dalailul Khairat dikarang adalah kisah berikut:
Pada suatu hari, Imam al Jazuli rahimahullahu taala ke suatu kampung dan ingin berwudhuk.
Beliau menjumpai sebuah perigi akan tetapi tiada gayung atau tali untuk mengambil air perigi itu.
Di suatu sudut, seorang kanak kanak perempuan yang sedang bermain.
Lalu Imam al Jazuli rahimahullahu taala bertanya kepada kanak kanak perempuan itu:
” Wahai anak ku, bagaimanakah cara untuk mengambil air perigi itu?”
Kanak kanak perempuan itu bertanya kepada Imam al Jazuli rahimahullahu taala:
“Wahai Syeikh, siapa kah nama mu?”
Imam al Jazuli rahimahullahu taala dengan sifat tawaduk nya berkata:
“Aku Abu Muhammad bin Sulaiman ( tanpa menyebut al Jazuli) dan aku mahu berwuduk tetapi tiada gayung mahu mengambil air perigi ini”
Lalu kanak kanak perempuan itu ke perigi itu dan membaca sesuatu lalu meniup atau meludah ke perigi itu dan mendadak air perigi naik hingga boleh dicapai tangan Imam al Jazuli rahimahullahu taala untuk berwuduk.
Setelah selesai berwuduk, Imam al Jazuli rahimahullahu taala bertanya kepada kanak kanak perempuan itu:
” Wahai anak ku, apakah yang telah engkau baca tadi?”
Lalu kanak kanak perempuan itu berkata :
” Aku membaca solawat dan bertawasul kepada Imam al Jazuli rahimahullahu taala. Kami seluruh kampung, jika ada keperluan akan bersolawat dan bertawasul kepada Imam al Jazuli rahimahullahu taala. Dan engkau Imam al Jazuli rahimahullahu taala kan?
Ketika itu Imam al Jazuli rahimahullahu taala tersedar keberkatan solawat dan selepas itu beliau mulai mengumpulkan solawat solawat yang dibacanya setiap hari dan mengarang kitab DALAILUL KHAIRAT selama lebih kurang 16 tahun.
Beliau wafat ketika Solat Subuh kerana diracun dan dimakamkan di suatu tempat bernama Apogal dan setelah 77 tahun , kuburnya dibongkar untuk dipindahkan ke Marakes dan kelihatan tubuhnya masih elok, utuh dan berbau harum mewangi.
******
Kisah seorang penjual lembu.
10 tahun lalu, dia diminta mengirimkan 600 ekor lembu dari Lombok ke Riau, Indonesia dengan menggunakan feri.
Tempoh perjalanan selama 10 – 14 hari dan dia telah mempersiapkan bekalan makanan untuk lembu² itu.
Namun malang tidak berbau, cuaca ribut menghalang feri berlayar hingga tertunda sehingga 27 hari.
Lembu² itu kelaparan hingga saling menggigit sesama mereka dan memakan telinga, tubuh lembu lain kerana kelaparan.
Akibatnya lembu yang berjaya hidup hanya sekitar 100 ekor dan dia kerugian hampir 600 ribu ringgit!
Maka dia menanggung kerugian hingga bankrap disebabkan kegagalan membayar hutang!
Berbulan bulan dia kesedihan dan mencari jalan untuk membayar hutang namun gagal , sehinggalah suatu hari dia pergi mencari seorang Kiyai dan meminta nasihatnya.
Pak Kiyai mengijazahkan kepadanya DALAILUL KHOIRAT dan dia beramal istiqamah membacanya tanpa jemu.
Hingga tiba², setelah 2 bulan membaca DALAILUL KHAIRAT ini, dia mendapat tender untuk mengirimkan lembu sebanyak 600 ekor.
Persis sama seperti dia kerugian. Malah dia ditawarkan harga lebih tinggi oleh pembeli itu.
MasyaAllah! Allah Taala telah menyelesaikan hutang² nya bukan melalui pinjaman lain tetapi melalui DALAILUL KHAIRAT.
Dia menceritakan hal ini kepada guru saya 2 minggu lalu ketika dia melihat guru saya Utz Muhammad Abdullah Azzam begitu tekun mengetik di HP.
Dia teruja bercerita setelah mengetahui guru saya sedang menulis kitab yang disusun semula sesuai dengan ijazah sanad yang diterima saya.
Alhamdulilah, kami akan mencetak Kitab DALAILUL KHAIRAT dan saya berazam untuk menyebarkannya agar mereka yang ingin mendapatkan ijazah dan mendapat kebaikan dan kelebihan membaca DALAILUL KHAIRAT ini.
InsyaAllah
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
wallahu alam
Sesiapa nak menempah, nak sebarkan dan dapat rahmat Allah Taala asbab membaca DALAILUL KHAIRAT ini, boleh hubungi HQ ANNURULHADI untuk tempahan.
