Kisah 3 Dara Yang Bersimpuh di Dalam Syurga, insyaAllah
Kisah 3 dara yang bersimpuh di dalam Syurga, insyaAllah
Kisah mereka adalah berkaitan kesiapan menghadapi kematian.
Menjaga solat awal waktu
Sentiasa membaca AlQuran
Sentiasa menutup aurat .
Ramai di kalangan kita, sering menangguhkan solat awal waktu. Masak dulu, itu ini dulu, ambil hantar anak cucu ke sekolah, malah lebih pelik, dalam Masjid, selesai majlis ilmu, dah dekat nak masuk waktu, selamba je balik walaupun rumah tu jauh!
Belum lagi yang bekerja, yang bisnes. Pulun kerja pulun bisnes, azan memanggil buat tak dengar malah tak membalas pun seruan azan. Allahu.
AlQuran? Berat nya nak baca walaupun 3Qul. Berat sungguh. Kadang ada yang baca juga sebab nak rezeki masuk. Baca tak tinggal surah al Waqiah, tapi untuk persiapan kubur? Al Mulk? No hard feelings.
Bab aurat. Ni yang saya kesian apalagi kat opah, nenek. Tumit retak, kuku cagu, tetap tak mahu bersarung kaki. Lebih sedih, membiarkan anak cucu perempuan dengan jeans, t shirt, tudung lilit berbagai gaya, sanggup ya membiarkan mereka mati dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang!
Sering juga, keluar rumah buang sampah, selamba je berkelawar. Tidak takut ketika keluar, tersadung batu tersembam jatuh dan MATI!
Satu lagi, sekarang zaman CCTV. Jiran² nampak aurat kita. Allahu.
Ramai naik kereta tidak menutup aurat sempurna, kerana baginya TIADA ROAD BLOCK MALAIKAT IZRAIL.
So up to u ladies…our turn around the corner. Malaikat melambai suruh berhenti @ mengejar dan menyentap nyawa kita , semua nya tiada yang mustahil.
Ya Allah! Matikan kami dalam husnul khatimah.
Aameen
Maaf zahir batin
BaarakAllahufikum