Kisah azam 1422h
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
.
.
Salam Ma’al Hijrah 1441h.
Adakah AZAM tahun lepas dah terlaksana @ belum dilaksanakan?
Adakah AZAM tahun ini ingin BELAJAR LANGSIR?
Sebelum saya sambung, saya nak imbau kenangan 26 tahun lalu. Masa masih muda, kuat, sihat dan pastinya lawa?.
Dulu saya nak sangat2 belajar jahit langsir. Zaman dulu langsir Royal Scallop lah permintaan seluruh rumah. Kiranya orang giler habis.Tapi saya secara peribadi, tidak pula meminati Royal Scallop . Saya suka paten Free Scallop. Langsir jenis ni hanya rumah orang berada je yang pakai. Berlubang di tengah dan digantung di rod kayu. Kelas gitue jah!
Masa zaman tu, langsir Eyelet belum terkenal tapi langsir tu nenek saya sebut ” langsir bilik ayaq”. Nenek memang menggunakan langsir Eyelet untuk bilik air . Kelakar kan, langsir bilik air kini menjadi langsir idaman hampir semua rumah. Malah upahnya pun mahal!
Ok. Berbalik kisah saya nak belajar langsir untuk MENAMBAH PENDAPATAN untuk membantu agama. Bukan hanya untuk mencantikkan rumah. Konsep saya, belajar untuk mencapai impian dan setiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan sama ada diterima @ tidak.
Dulu tiada orang nak mengajar menjahit langsir. Susah jumpa. Di Miri, sewaktu saya baru berkahwin, pun tiada. Di Kedah, pun tiada. Malah pernah saya merayu dengan seorang pengusaha kedai langsir, dia tetap menolak.
Pencarian saya, tak pernah berhenti, hingga suatu hari ternampak iklan kecil di Utusan Melayu. Pada tahun 1422h @ 2001 masihi, saya melangkahkan kaki menaiki bas ke KL untuk belajar ilmu langsir demi menunaikan impian untuk MENAMBAH PENDAPATAN untuk membantu agama.
Masa nak naik bas, saya berdoa ” Ya Allah, jika ada kebaikan ilmu ini untuk agama ku, Engkau mudahkan lah perjalanan ku. ”
Saya pergi bersama 3 orang anak kecil dan suami. Anak ketiga Muhammad Abdullah Mukmin baru berusia 3 bulan.
Perjalanan itu dimudahkanNya. Anak anak tidak buat hal. Alhamdulillah tak ada yang menjerit ke meragam.
Kami dijemput sahabat baik dan bermalam di rumahnya. Almaklum orang kampung pergi KL. Kata orang utara ” JAKUN ”
Keesokannya, kami menginap di hotel yang berdekatan dengan kelas. Maka belajarlah saya sambil berlari lari anak balik menyusukan bayi di hotel. Jangan tanya kenapa tak pam susu jer. Ater 18 tahun dulu, pam susu belum popular.
Adakah mudah menuntut ilmu? Pasti dan wajib ada halangan dan rintangan, apatah lagi anak2 masih kecil kan.
namun demi mencapai impian, wajiblah berkorban. Wajib bersusah payah dan teruskan menghadapi segala ujian demi cita cita. Impian saya besar tetapi ujian ujian terlalu kecil.
Maka saya hadiri juga kelas, walapun jauh beribu batu. Kelas sepatutnya belajar menjahit macam kebiasaan. Akan tetapi, saya kesuntukan masa. Makan minum tidur bangun semua di hotel. Maka kos kena dijimatkan. Malahan sebelum nak pergi belajar, saya telah menggumpulkan duit bertahun tahun untuk cukupkan kos beribu RM.
KELAS LANGSIR tu belajar ikut paten apa nak belajar. 1 paten RM350 ke atas. 18 tahun dulu tau. Jadi kena manfaatkan masa untuk belajar beberapa paten. Jika menjahit pasti tak dapat belajar banyak paten. jadi saya pilih 7 paten dan belajar 2hari.
Saya hanya minta guru langsir tu menerangkan FORMULA, CARA MENGGUNTING DAN MENJAHIT TANPA PRAKTIKAL JAHITAN.
Mula mula guru tu agak was was. ” Boleh ke faham dan pandai?”
Saya mengatakan kepada nya ” Tak apa. Yang penting ilmu formula dan penerangan cikgu , wajib tepat. InsyaAllah, yang bagi faham dan pandai tu hanya ALLAH.
Jika ALLAH nak bagi kebaikan kepada saya dalam agama , saya akan faham”
Masih ingat lagi, cikgu angkat kening. Mungkin dia pelik ” belajar tanpa menjahit”.?
Kuasa ALLAH kan. Selepas belajar, diizinkanNya,saya faham malah selepas itu, sayapula pula mengajar guru saya.
Kenapa?
Kerana ada beberapa FORMULA yang diajar TIDAK TEPAT.
LANGSIR bila tidak tepat formula dan teknik salah, hasilnya akan berlebihan @ kurang ukuran semasa di gantung di rel.
FORMULA DAN TEKNIK GUNTING AMAT PENTING. Silap sikit, semasa menjahit akan tetas semula , jahit, tetas dan jahit. Akhirnya MENANGIS bila hasilnya teruk.Sebab itu, ramai yang boleh menjahit tetapi hasil jahitannya amat teruk @ ada kecacatan. Ada yang berkerut di tape. Ada yang kiat sana sini. Ada yang senget. Terjongket . Malah lebih sedih, bukan tambah seri tapi tambah menyakitkan hati orang yang menempah.
saya bersyukur kepada ALLAH SWT, banyak formula langsir dan teknik gunting dan jahitan, ALLAH TAALA ilhamkan sama ada melalui mimpi @ ketika mengajar.Formula GOBLET diilhamkan ALLAH setelah solat hajat. Jika tak, asal menjahit kena tetas balik kotak goblet sebab permulaan dan pengakhiran tak seimbang. Malah kerugian kain bila formula berlebihan.
Sebab tu, saya berkongsi ilmu dengan cikgu. Supaya pelajar lain tak buat kesilapan sama . Asal jahit, tetas.. memang stress.Kes begitu berlaku kerana formula sepatutnya berbeza dengan formula yang dipelajari. Malah banyak dalam buku buku langsir, formula tidak tepat. Saya pun tak faham kenapa segelintir penulis buku tidak memberikan formula tepat. Tak tahu @ menyembunyikan ilmu. Wallahu a’lam.
So, cukup dulu kisah impian Azam Hijriah 1422h. Alhamdulillah di usia tua kini, ALLAH memberkati usaha muda dulu. Azam untuk membantu agama melalui ilmu langsir telahpun terlaksana.
Beribu pelajar KELAS LANGSIR AL MUJAHID telah berjaya dalam bisnes langsir cuma ramai tak membuka kedai langsir tetapi berjaya secara diam diam.
Malah yang paling menggembirakan adalah ramai pelajar yang dulu jahil dalam agama, kini ALLAH membukakan pintu ilmu agama melalui permulaan belajar di kelas langsir al mujahid.
Amat tersentuh bilamana bukan hanya pelajar langsir yang berubah, tetapi seisi keluarga mereka berubah. Anak anak mereka juga mendapat “Futuh Ilmu” . Allahu Akbar.
Kini azam tahun 1440h..
Saya nak didik usahawan usahawan , sama ada belum menjadi usahawan @ telah menjadi usahawan untuk berjaya dalam bisnes. kesian melihat ramai usahawan hanya mampu beberapa tahun sahaja dan paling menukacitakan, ramai usahawan terpaksa bungkus tikar dek kegoaan bisnes tanpa ilmu.
Saya nak sampaikan bahawa BISNES adalah jalan paling mudah untuk berjaya dari muda hingga tua dan hingga akhirat InsyaAllah. cuma wajib berguru dengan guru yang arif bab bisnes.
Aameen Allahumma Aameen
So siapa nak jadi pelajar utzh?
Tak kira ilmu apa. InsyaAllah dapat dibantu. Asalkan niat nak berjaya dunia akhirat. Solat istikharah, berdoa dan solawat salam. Jika ada kebaikan kita akan bertemu kerana ALLAH dan berpisah di dunia kerana ALLAh dan bertemu di akhirat kerana ALLAH.
Insya ALLAH
BaarakAllahufikum