Kisah Sayyidina Sya’ban r.anhu
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Mohon dibaca sehingga habis ya… moga² menjadi inspirasi khas untuk yang mahu membuat kebaikan.
Kisah Sayyidina Sya’ban r.anhu, sahabat Rasulullah ﷺ yang menyesal saat Sakaratul Maut!
Namanya tidak begitu menonjol seperti sahabat Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar bin Khattab dan sahabat r.anhum lainnya.
Sayyidina Sya’ban r.anhu adalah sahabat Nabi ﷺ. Semasa hidupnya, dia selalu datang ke masjid sebelum solat fardhu dan selalu mengambil posisi di sudut masjid untuk iktikaf.
Kebiasaannya itu sudah diketahui oleh Rasulullah ﷺ dan para jamaah. Alasannya agar tidak mengganggu jamaah lainnya yang ingin beribadah.
Suatu hari, Sayyidina Sya’ban r.anhu tidak ada di masjid untuk melaksanakan solat Subuh. Rasulullah ﷺ mencari-cari dan bertanya-tanya:
”Ke mana Sya’ban?”
Akan tetapi tidak ada seorang sahabat r.anhum pun yang mengetahui ke mana dan kenapa Sayyidina Sya’ban r.anhu tidak ada di masjid untuk melaksanakan solat Subuh seperti biasa.
Kerana ingin menunggu Sayyidina Sya’ban r.anhu, Rasulullah ﷺ pun menunda solat Subuhnya sebentar. Akan tetapi Sayyidina Sya’ban r.anhu tetap tidak hadir. Akhirnya Rasulullah ﷺ mulai melaksanakan solat jamaah Subuh kerana khuatir jika terlalu lama menunggu, solat Subuh berjamaah akan terluput waktu.
Seusai menyelesaikan solat berjemaah, oleh kerana khuatir dan takut terjadi apa-apa kepada Sayyidina Sya’ban r.anhu, Rasulullahﷺ hendak pergi ke rumahnya. Rasulullah ﷺ bertanya kepada para sahabat r.anhum yang hadir di masjid tersebut:
”Adakah yang tahu di mana rumah Sya’ban?”
Salah satu sahabat mengetahui di mana rumah Sayyidina Sya’ban r.anhu. Akhirnya Rasulullah ﷺ para rombongan bergegas ke rumah Sayyidina Sya’ban r.anhu.
Lokasi dari masjid ke rumah Sayyidina Sya’ban r.anhu ternyata amat jauh, hampir 3 jam berjalan kaki.
Sesampainya di sana, Rasulullahﷺ mengetuk pintu rumah itu dan keluarlah seorang wanita.
Lalu Rasulullah ﷺ bertanya, ”Benarkah ini rumah Sya’ban?”
”Iya, benar. Saya isterinya.”
”Bolehkah kami bertemu Sya’ban? Tadi pagi dia tidak hadir pada saat solat jamaah Subuh.”
Wanita itu kemudian terlihat sangat sedih. Sambil menitiskan air mata, dia menjawab pertanyaan Rasulullahﷺ,
” Mohon maaf ya Rasulullah, dia sudah meninggal tadi pagi, tepat sebelum azan Subuh.”
”Innalillahi wa inna ilaihi rooji’un.” Semuanya terkejut setelah mendengar kabar bahawa Sayyidina Sya’ban r.anhu telah wafat. Dia tidak ke masjid kerana alasan MATI. ALLAHU AKBAR.
Selang beberapa minit, isteri nya mengajukan pertanyaan kepada Rasulullah ﷺ,
“Ya Rasulullah, ada sesuatu yang ingin saya tanyakan kepada mu.”
Rasulullah ﷺ pun menjawab, “Silakan apa yang hendak ingin kau tanyakan?”
”Sebelum dia meninggal, dia berteriak tiga kali dengan kalimat yang berbeza.
Dalam setiap teriakan itu, dia berkata :‘Aduh, mengapa tidak lebih jauh? Aduh, mengapa tidak yang baru? Aduh, mengapa tidak semuanya?’”
Rasulullah ﷺ kemudian menjelaskan secara terperinci bahawa ketika sakaratul maut, seluruh amal perbuatan ditayangulang oleh Allah Subhanahu wa taala dan tidak ada yang boleh melihat hal tersebut kecuali Sayyidina Sya’ban r.anhu.
Teriakan pertama, ”Aduh, mengapa tidak lebih jauh?”
Dalam penayangan itu, Sayyidina Sya’ban r.anhu menyaksikan suatu amal yang biasa dia lakukan, iaitu perjalanan ke masjid untuk melaksanakan solat berjamaah.
Dari penayangan itu, Sayyidina Sya’ban r.anhu diperlihatkan ganjaran yang dia peroleh di setiap langkah kakinya.
Saat berteriak, timbul penyesalan dalam dirinya. Andai saja rumahnya dengan masjid boleh lebih jauh lagi, tentu pahala yang dia dapatkan akan lebih berlipatganda.
Teriakan kedua, ”Aduh, mengapa tidak yang baru?”
Pada saat penayangan ini, Sayyidina Sya’ban r.anhu diperlihatkan kembali ketika dia hendak ke masjid yang pada saat itu musim dingin.
Angin tersebut menghembuskan hawa dingin sampai menusuk hingga tulang. Akhirnya Sya’ban kembali ke rumah untuk mengambil pakaian luar.
Dia sengaja mengenakan baju baru di dalam dan mengenakan baju lama di luar agar ketika terkena kotoran di jalan, baju barunya masih bersih dan masih boleh dipakai untuk solat berjamaah.
Di perjalanan dia menemukan seseorang yang kedinginan. Kemudian ia berikan baju kepada orang tersebut dan menuntunnya ke masjid. Orang itu selamat dari kedinginan dan bisa melaksanakan salat berjamaah.
Dalam hal ini, Allah Subhanahu wa taala memperlihatkan ganjaran untuk Sayyidina Sya’ban r.anhum, yang telah memakaikan baju lama kepada orang tersebut. Dan kembali timbullah rasa penyesalan dalam diri Sayyidina Sya’ban r.anhu. Andai ia memakaikan baju barunya kepada orang tersebut, tentulah pahalanya akan lebih besar.
Teriakan ketiga, ”Aduh, mengapa tidak semua?”
Ketika itu, Sayyidina Sya’ban r.anhu hendak sarapan dengan sekeping roti dan susu. Roti itu dicelupkan ke dalam susu suam sebelum dimakan nya.
Pada waktu yang bersamaan, sebelum menyantap sarapan itu, datanglah seorang pengemis yang menghampiri rumahnya untuk meminta makan. Pengemis itu mengaku bahwa sudah tiga hari belum makan. Sayyidina Sya’ban ranhu merasa hiba dan kemudian memberikan sepotong rotinya kepada pengemis itu sekaligus membagi susu suamnya ke dalam dua gelas yang sama banyak.
Allah Subhanahu wa taala pun memperlihatkan pahala yang dia terima ketika telah memberikan sebagian dari roti dan susunya. Hadir rasa penyesalan dalam diri Sayyidina Sya’ban r.anhu. Andailah dia memberikan semuanya, maka pahalanya jauh lebih besar lagi.
Apa yang dapat kita ambil dari kisah ini, wahai sahabat?
Salah satunya iaitu kemuliaan hati, kedermawanan, keikhlasan dalam bersedekah, berlumba-lumba pada kebaikan, dan bersedekahlah dengan yang baik.
Sesungguhnya kita semua pasti akan menyesal kerana untuk mengajak orang lain membaca Dalailul khairat pun kita tidak mahu sedangkan jika kita mengajak orang lain membaca Dalailul khairat, kita juga mendapat kebaikan² nya walaupun kita baca sedikit tetapi ganjaran nya,besar dan membesar.
Jom kita menyebarkan kelebihan bersolawat Dalailul khairat.
(Khusus untuk muslimat disediakan grup bimbingan membaca Dalailul Khairat, hubungi www.wasap.my/+60165447357/bimbingan)
Wallahu alam