KUNCI KETENANGAN
KUNCI KETENANGAN
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل على روح سيدنا محمد فى الأرواح و على جسده فى الأجساد وعلى قبره فى القبور وعلى آله وصحبه أجمعين
Bagaimana ingin saya luahkan apa yang saya rasai saat ini? Suatu perasaan yang sekian lama saya cari.
Dan mengejutkan saya, apabila hampir semua orang yang saya temui juga mencari perasaan yang sama yakni KETENANGAN.
Saat saya menulis ini, saya teringat kata kata seorang isteri ” Ustazah, kalaulah dari dulu saya tahu kunci ketenangan ini, tentu saya tak sakit kan?”
Sambungnya lagi:
“Jika dari muda, sebelum sambung belajar, sebelum bekerja, sebelum berkahwin, sebelum beranak pinak, tentu saya hidup tenang bahagia kan?
Allahu…
Saya hanya mengatakan:
“Alhamdulillah hari ini puan dah tahu kan?
Allah dah pilih puan untuk mengetahui bahawa pelbagai masalah itu kecil saja, Allah dah pilih puan untuk puan lihat masa depan ini mudah saja, tak perlu serabut kan
Dan dia memeluk saya dan mengucapkan
“Terima kasih Ustazah, tak jemu² ajak saya hadir majlis dan tak jemu² sebarkan Dalailul Khairat kerana Allah Taala”
“Alhamdulillah saya dah dapat kunci ketenangan yang Ustazah selalu sebut tu.
Walaupun saya sakit macam² kerana kesan stress, anxiety, tapi kini saya kadang² lupa yang saya ada penyakit, hati saya cukup tenang tanpa perlu memikirkan apa² lagi
…
Moga² catatan ini diredhoi Allah Taala dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Alhamdulillah kitab DALAILUL KHAIRAT adalah kunci ketenangan yang selama ini ramai tidak tahu .
Namun ianya bukan boleh dimasukkan ke dalam semua hati. Hanya hati yang terpilih saja akan dipilih Allah Taala dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk membacanya.
Mungkinkah hati puan terpilih atau tidak terpilih untuk dimasukkan KUNCI KETENANGAN DALAILUL KHAIRAT.?
…
Andai terpilih, jemput hadir ke majlis² Dalailul Khairat dibawah bimbingan saya ( Utzh Syahida Said) dan boleh join grup DALAILUL KHAIRAT .
Andai …terpilih…klik
www.wasap.my/+60134400212/KunciDalail
wallahu ‘alam