Mencari Jodoh Tersembunyi
Mencari jodoh tersembunyi
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Catatan ini khusus untuk sesiapa saja yang sedang menunggu jodoh tapi belum muncul² 😉
Minggu lalu saya dan beberapa teman ke Surabaya menziarahi beberapa orang soleh dan bermunajat di makam Habib Soleh Tanggul.
Ketika menziarahi seorang kiyai, anak saya bertanya tentang kesesuaian jodoh.
Kiyai tu menghadiahkan kepada kami sepotong wirid untuk membacanya .
Kata Kiyai:
Baca wirid ini, insyaAllah dalam tujuh hari kamu akan mendapat isyarat adakah jodoh itu baik @ tidak melalui mimpi dll.
Dan Kiyai minta saya sebagai ibu kena membaca nya sebab doa dari ibu paling tepat.
Waduh…1000x perhari selama 7 hari.
Dan pastilah saya membaca wirid itu dengan penuh pengharapan kepada Allah Taala agar dipertemukan jodoh terbaik untuk kebahagiaan anak saya yang disayangi.
Saya baca dan baca, SubhanAllah masih dalam wirid, hati saya dan hati anak saya mulai mendapat bayangan.
Lusa nya kami bermunajat dan bertawasul di makam Habib Soleh Tanggul yang terkenal dengan doa mustajab mengatasi cahaya kilat.
MasyaAllah tabarakAllah !
Wirid dan doa di Habib Soleh Tanggul memberikan kami jawapan padu.
Semua tidak akan percaya bahawa di sebalik wirid itu dan munajat di Habib Soleh Tanggul, rupa² nya ada seseorang yang Allah Taala telah ciptakan untuk menjadi pasangan nya, insyaAllah
Bertahun² mencari, rupa nya jodoh nya di situ setia menanti di sebalik pelbagai ujian.
So, jika ada yang mencari jodoh dan belum bertemu yang sesuai, boleh lah mengamalkan wirid ini.
Dan ini lah keberkahan beramal membaca kitab selawat teragung Dalailul Khairat, hajat saya dimakbulkan Allah Taala. Alhamdulillah
Wallahu ‘alam
Boleh berjumpa saya jika merasa perlu wirid jodoh ini.